Adakah Suami Dah Pulang Ke Rumah? Ini Kenyataan Terbaru Ziana Zain Tentang Suaminya

Share:

Penyanyi popular di Malaysia iaitu Ziana Zain sedang diduga apabila ada isu melibatkan suaminya yang didakwa merotan anaknya sehingga mendatangkan kecederaan.

Memang ramai pihak yang terkejut dengan perkara ini memandangkan Ziana Zain sendiri yang membuat report polis tentang isu ini.

Suaminya bernama Armin telah didakwa dan telahpun keluar dari lokap tahanan setelah diikat jamin.

Ramai yang ingin tahu apa perkembangan terkini tentang hubungan Ziana Zain dan suaminya itu.

Penyanyi ini akhirnya telah tampil menjelaskan kemelut melanda rumah tangganya perlu ditangani dengan hati-hati demi menjaga perasaan banyak pihak.

Ziana Zain menyifatkan perkara ini sangat sensitif kerana membabitkan prosiding mahkamah selepas suaminya didakwa atas tuduhan mencederakan anak.

Katanya,sebarang keputusan harus difikirkan secara bijak supaya tidak ada hati terluka.

Ini komen Ziana:

"Pihak saya dan dia (suami), masing-masing perlu ruang dan masa untuk berfikir. Saya ada benda yang perlu dibuat, begitu juga dirinya.

"Lagipun, perkara ini sudah di bawa ke mahkamah, jadi ia sangat sensitif. Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang keputusan, kami perlu berfikir masak-masak memandangkan ada banyak hati yang perlu dijaga,"


Ditanya keterbukaan dan keberaniannya berdepan khalayak ketika kisah peribadinya menjadi tumpuan, penyanyi bersuara lantang ini memberitahu, semuanya dilakukan kerana beliau sangat menghormati kerjaya seninya.

"Saya perlu kuat kerana ini adalah periuk nasi saya. Tuhan itu maha kaya dan saya percaya setiap perancangannya pasti ada hikmah yang menanti.

"Kita tidak tahu apa yang berlaku di hadapan nanti. Dalam hal ini, saya lebih suka mengikuti apa yang sudah direncanakan untuk kita,"


Inilah jawapan dari Ziana Zain setelah pihak wartawan bertanya adakah beliau dan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, sudah kembali tinggal serumah selepas suaminya itu dibebaskan dengan ikat jamin atas tuduhan mencederakan anak mereka pada 24 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Armin dan Ziana mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19; Muhammad Ammar, 14; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Semoha semuanya baik-baik sahaja untuk keluarga Ziana Zain.

Sumber: BH

Tiada ulasan