Home Top Ad

Responsive Ads Here

Akhirnya Hans Isaac Dedah Perkara Sebenar Yang Terjadi Dengan Neelofa Di Genting Highland

Share:
 
Baru-baru ini, satu lagi gosip melanda industri hiburan tanah aie, kali ini melibatkan Neelofa dan Datuk Hans Isaac yang mana sebelum ini, kedua-duanya pernah menjalin hubungan istimewa namun telahpun putus.

Datuk Hans Isaac menjelaskan pertemuannya dengan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa di Genting Highlands, seperti rakaman video yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini, bukanlah dirancang.

Akhirnya, Hans Isaac tampil menjelaskand an memberitahu, apa sebenarnya yang berlaku di genting Highlands.

Hans mengulas gosip yang timbul kononnya hubungan nya dan Neelofa kembali bertaut selepas tersebarnya rakaman video menunjukkan mereka keluar bersama menyaksikan konsert penyanyi antarabangsa, John Legend di Genting Highlands pada 17 Mac lalu.

Kata Hans Isaac, semua yang berlaku hanyalah satu kebetulan.

Ini penjelasan dari Hans Isaac:

"Video yang tular itu berlaku sebelum konsert berlangsung. Kami bertemu di restoran yang sama dan kebetulan meja penuh. Disebabkan mahu cepat, kami pun berkongsi meja.

"Gambar yang tersebar itu diambil oleh seorang teman, bukannya daripada telefon kami.

"Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Jujurnya, kami memang selalu keluar bersama... Kadang-kadang kami berbincang pasal kerja. Cuma orang tak tahu yang kami berjumpa atas dasar kerja dan menganggap saya dan Lofa keluar 'dating',"


Tampil memperbetulkan tanggapan nakal netizen terhadap hubungan mereka, Hans Isaac memberitahu, tiada persengketaan antara dirinya dengan pengacara program Meletop itu biarpun ada desas-desus mengatakan mereka tidak sehaluan selepas putus cinta.

Ini jelas Hans lagi:

"Walau apapun yang berlaku antara saya dan Lofa sebelum ini, kami tetap berkawan baik. Bukan dengan Lofa saja, tetapi mana-mana wanita yang pernah dikaitkan dengan saya sebelum ini, kecuali seorang. Saya tahu macam mana dirinya dan saya kenal hati budi Lofa.

"Seperkara yang saya puji mengenai dirinya, walaupun ada perkara yang dilakukannya itu salah, tetapi dia tidak malu untuk mengaku dan meminta maaf.

"Justeru, walau apapun yang berlaku kepadanya, saya akan tetap mempertahankan dirinya dan terus memberi sokongan tidak berbelah bagi,"


Di imbas kembali, Neelofa dan Hans Isaac pernah digandingkan menerusi filem Lemak Kampung Santan dan pernah menjalin hubungan cinta, namun ia berakhir selepas kira-kira dua tahun.

Kemudiannya Hans telahun bertunang dengan model bernama Gabriella manakala Neelofa pula dikaitkan dengan Fattah Amin.

Malangnya hubungan mereka ebrsama pasangan masing-masing tidak berjaya. Kini Neelofa dan Hans masih berstatus single.

Sumber: BH

No comments