AKHIRNYA Serina Redzwan Luah Perasaan, Dedah Kisah Sebenar.. Dah Tak Tahan Lagi

Share:
 
Semalam Chef Wan telah naik angin dengan sikap bekas menantunya bernama Gavin iaitu bekas suami Serina Redzuawan.

Melalui pendedahan dari Chef Wan, anaknya Serina kini telah dinafikan haknya untuk bertemu anak-anaknya.

Malah melalui satu video, mata cucu Chef Wan juga kelihatan ada lebam dan dikatakan tiada orang yang menjaganya ketika itu.

Chef Wan mendedahkan bahawa Gavin pernah ditangkap khalwat dengan seorang wanita dan meyelarkan perangai bekas menantunya itu.

Akhirnya setelah isu ini menjadi bualan ramai, Serina Redzuawan tampil meluahakn perasaannya.

Ini komen dari Serina:

"Assalamualaikum .Hari ni Serina akan bagi tau apa yang berlaku sebenarnya yang selama ini i pendam dan tanggung kesedihan.

"Mungkin ramai yang dah baca Statement yang My Father keluarkan di IG Dia. Secara jujur I tak suka nak sensasikan hal peribadi keluarga, inikan pula berkaitan Anak Anak Serina.

"Memang sekarang I melalui Dugaan yang perit Bekas suami cuba membuli dan menyiksa emosi i sebagai Ibu, Gavin dengan sengaja juga pisahkan kasih sayang I dan anak anak.

"Dulu I boleh jumpa anak anak Hari Hari now dia hanya benarkan jumpa Hujung minggu itupun sekejap sahaja.

"Pelbagai alasan dia kasi.. dia busy kan anak anak dengan aktiviti sampai i tak berpeluang nak spend time ngan them. Memang kejam apa yang dia buat! I bersabar selama ni.

"Sehinggalah dia telah langgar perintah Mahkamah di tangkap Khalwat anak anak di rumah ketika tu. Ini dah malampau. I Risaukan akidah anak anak terjejas, Doakan Serina akan amik semula hak jagaan anak anak.

"Dulu kami buat persetujuan bersama Jaga Anak anak tinggal dengan bekas suami utk elak emosi anak anak tidak terjejas atas penceraian.

"Setiap kali balik sekolah i boleh jemput dan uruskan tengok semua aktiviti di rumah,kerja sekolah termasuk mengaji dengan Ustazah. But Now Dia tak benarkan i naik atas rumah dan amik anak sekolah lagi.

"Semua perjanjian bersama syarat dan perjanjian di rekodkan di mahkamah Tapi Dia dah langgar perintah Mahkamah dab ubah undang sesuka hati halang i jumpa anak anak. Sekarang biarlah mahkamah yang tentukan segalanya.

"I hanya nak pembelaan Sebagai seorang Ibu dan tidak terniat nak pisahkan kasih sayang Ayah dan Anak Anak.Serina mohon DOAKAN SERINA dan KELUARGA. Buat masa ni I perlukan sokongan dari Semua.

Itulah luahan hati dari Serina Redzuawan tentang kejadian yang berlaku antaranya dengan bekas suami Gavin.

Ramai follower yang geram dan rasa simpati dengan nasib yang melanda Serina Redzuawan. rata-rata memberi sokongan kepada Serina untuk memperjuangkan haknya sebagai ibu.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar buat Serina Redzuawan.

Sumber: IG Serina Redzuawan

Tiada ulasan