Akui Sunyi Selepas Bercerai, Hafiz Hamidun Akan Hubungi Individu Ini Untuk Luah Perasaan

Share:


Kini sudah empat bulan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun bercerai dengan bekas isteri Joy Revfa.

Kisah rumah tangga mereka berdua telah menjadi tumpuan ekoran beberapa masalah yang timbul.

Akhirnya, tidak sampai setahun mendirikan rumah tangga, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa akhirnya disahkan berpisah dan bercerai.

Apabila sudah bercerai, Hafiz Hamidun mengakui ia bukanlah proses yang mudah untuknya meneruskan kehidupan.

Walapun orang luar nampaknya seperti sentiasa happy, namun kata Hafiz, kejadian ini bukanlah mudah untuknya.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Orang luar yang melihat, mungkin nampak seperti semuanya mudah. Tapi, untuk saya yang melaluinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah"

Menurutnya, ada ketikanya dia sunyi dan tersentuh lebih-lebih lagi melihatkan rakan-rakan dan adik beradiknya yang sudah berkeluarga.

Apabila dalam keadaan sunyi, Hafiz akan menghubungi individu ini untuk luah perasaan. Individu yang dimaksudkan ialah ibunya.

Ini tambahnya lagi:

"Bila saya sunyi dan sebagainya, saya akan hubungi ibu dan bercerita banyak benda. Mengenai kehidupan selepas penceraian, ibu dan ayah banyak memberi semangat kepada saya"

Malah kini, Hafiz Hamidun semakin banyak meluangkan masa dengan ibu bapanya.

Ini jelasnya lagi:

"Saya seorang yang sibuk dengan kerja, tapi sekarang, banyak masa saya habiskan dengan mereka. Ibu sumber kekuatan dan ayah pula adalah sumber keberanian.

"Saya berikan kunci rumah kepada mereka, dan pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk mereka datang"

Ditanya sama ada dia kini bersedia menerima wanita baru sebagai suri hatinya, Hafiz tidak menolak perkara ini.

"Saya tidak ada masalah untuk menerima cinta baru. Tapi, kalau boleh biarlah wanita itu seorang yang memahami diri saya dan tahu apa yang pernah saya lalui"

Hafiz sebelum ini berumah tangga dan bercerai dengan bekas isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin pada Oktober tahun lalu.

Tiada ulasan