Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Artis tu sombong, artis ni sombong..."- Zara Zya

Share:

Zara Zya merupakan pelakon yang boleh dikatakan agak popular di industri hiburan tanah air.

Antara lakonan Zara Zya yang mula membuatkan namanya dikenali ramai ialah drama I Love You Mr Arrogant.

Draam ini mendapat rating yang tinggi, dan gandingan Zara Zya dengan Azlee ternyata berjaya mencuri hati para penonton slot Akasia TV3.

Sejak dari itu, Zara Zya terus tampil dengan banyak lagi drama dan selalunya lakonan Zara Zya amat baik dan hebat!

Baru-baru ini, Zara Zya ada meluahkan rasa hatinya di laman media sosial Instagram.

Pelakon ini dilihat, kecewa apabila ada pihak yang melabel artis sebagai sombong dan menyatakan bahawa artis juga manusia biasa yang ada perasaan.

Ini luahan Zara Zya:

"Sombong... perkataan yang sinonim keluar dari mulut netizen. Artis tu sombong, artis ni sombong. Apa yang boleh saya katakan, kami pun manusia. Ada perasaan... perasaan sebagai seorang manusia. Manusia kan ada berbagai rasa. Sedih, gembira, marah, bermasalah, penat. Macam-macam tahu tak.

Selain itu, Zara juga mengatakan, selain badut, kerjaya sebagai pelakon mempunyai tekanan perasaan yang agak tinggi.

Ini komennya lagi:

"Selain badut, selebriti lah manusia yang paling kuat dapat tekanan perasaan tau. Waktu kami bekerja, walaupun gundah, kami tetap senyum hiburkan orang lain. Bekerja keras nampak mewah tapi hakikatnya bukan senang. Jangan la judge kami semudah sebut ABC. 

Bagi Zara semua manusia adalah sama sahaja namun yang membezakan seseorang itu ialah hatinya.

Baca komen Zara Zya lagi:

"Semua manusia sama. Yang membezakan ialah hati kita sendiri. Kadang-kadang apa yang nampak depan mata pun kita boleh salah tafsir. Apatah lagi kalau dengar dari mulut org lain. Yang terbaik ialah husnuzon.

Itulah luahan hati dari pelakon ini yang mendapat perhatian ramai di laman IG miliknya.

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin berasal dari Lenggong, Perak dan dilahirkan pada 22 Oktober 1985.

Zara juga pernah menyertai Dewi Remaja pada 2005 seangkatan dengan Scha Al Yahya, Izreen Azminda dan Rebecca Nur Al Islam.

Sumber: IG Zara Zya

No comments