"Banyak Bahaya.." - Rita Rudaini Tegas Dengan Anaknya, Tak Boleh Cium/Pegang Perempuan Lain..

Share:


Pelakon popular Rita Rudaini memberitahu dia kini terpaksa membuka akaun Instagram untuk anak-anaknya atas permintaan anaknya itu.

Bagaimana pun, pelakon jelita berumur 42 tahun ini berkata, dia tidak membenarkan anak-anaknya mengendalikan laman sosial tersebut sendiri.

Kesemua aktiviti-aktiviti di dalam media sosial Instagram itu akan dipantau sepenuh nya oleh Rita Rudaini sendiri.

Ini kenyataan Rita Rudaini:

"Saya buka akaun Instagram untuk mereka kerana mereka minta, kawan-kawannya di sekolah sudah ada Instagram dan sering mendesak mereka untuk membuka laman sosial itu.
 

"Jadi saya buka jugalah, tapi saya yang pantau, saya tak benarkan dia baca komen, cuma saya akan tanya dulu nak muat naik gambar yang mana sahaja"

Sementara itu, pelakon ini juga berkeras bahawa kesemua mesej dan komen menerusi laman sosial anaknya akan ditapis untuk kebaikan anak-anaknya.

Ini jelas Rita Rudai:

"Tak boleh, banyak bahaya dari baiknya, semua komen dan mesej saya akan baca dan balaskan. Setakat ini mereka akur dan faham dengan apa juga syarat yang saya letakkan"

Kata Rita, dia perlu mengambil pendekatan bersikap tegas terhadap kedua-dua anaknya itu.

Pergaulan dan rakan sekelilingnya membuatkan mereka mudah terdedah dan terpengaruh dengan dunia luar.

Ini komen Rita lagi:

"Saya kena tegas bagi mereka takut sedikit, perkembangan kanak-kanak sekarang berbeza, kadang-kadang kita tidak tahu pun muzik dan lagu-lagu baharu tapi mereka dah kenal artis luar negara.

"Saya sudah pesan mereka hanya boleh cium dan pegang Mummy (Rita) sahaja, perempuan lain tidak boleh. Saya takut pergaulan di sekolahnya terbuka sedikit"


Kedua-dua anak lelaki Rita Rudaini bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa dekat sini.

Untuk pengetahuan, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun, yang kini bawah jagaan Rita.

Dalam perkembangan terkini, Rita Rudaini dan anaknya akan muncul dalam rancangan Oh My Family!

Program tersebut turut menampilkan empat anak selebriti lain seperti anak Datuk Aaron Aziz, Datuk Fazley Yaakob, Aziz M Osman dan Azad Jazmin.

Oh My Family! akan bersiaran setiap Rabu, pada pukul 9 malam bermula pada 11 April ini di saluran Astro Ria.

Sumber: mStar

Tiada ulasan