Bertudung Labuh, Manisnya Adik-Beradik Perempuan Fattah Amin, Sejuk Mata Memandang

Share:
 
Pasangan paling popular di Malaysia ketika ini sudah tentulah pelakon Fattah Amin, 27 tahun dan juga Nur Fazura, 34 tahun.

Pada 23 November 2017, Fattah Amin telah mengesahkan bahawa dirinya dan Fazura bertunang pada 13 November 2017.

Pasangan itu membuat pengumuman rasmi pada sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Mereka berdua bertemu ketika digandingkan untuk drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot Mega Drama di Astro Ria.

Fattah Amin dan Fazura kemudian telah bernikah dalam satu  majlis yang diadakan secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kawan rapat pada 27 November 2017, di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pasangan ini telah berjanji kepada semua pihak bahawa dia akan membuat majlis resepsi khas buat semua kelak.

Pada hujung bulan Februari yang lalu, majlis resepsi perkahwinan pelakon Fazura dan Fattah Amin telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental.

Majlis itu turut dihadir ramai rakan selebriti seperti Fasha Sandha, Lisa Surihani, Mira Filzah, Zarina Zainuddin, Datuk Shah Rezza, Alvin Chong, Hisham Hamid, Zizan Razak, Vanidah Imran, Datin Nina Juren, Datuk Aznil Nawawi dan ramai lagi.

Hujung minggu lalu pula, telah berlangsung sekali lagi majlis resepsi kedua Fattah Amin dan Fazura, kali ini bersama dengan peminatnya,d an dianggarkan jemputan seramai 5,000 orang.

Kedua-dua mempelai iaitu Fattah Amin dan Fazura kelihatan begitu cantik sekali dengan persalinan songket ringkas rona kebiruan dalam majlis yang diadakan di Royal Palace, Shah Alam.

Seperti sebelum ini, gambar pasangan ini telah memenuhi laman maya terutama sekali instagram dan dalam banyak foto turut terakam ketika majlis ini adalah gambar keluarga Fattah Amin.

Namun ada satu gambar yang benar-benar mencuri perhatian orang ramai. Ianya adalah gambar di bawah ini.



Gambar ini menunjukkan foto pasangan pengantin bersama tiga adik perempuan Fattah dan ibunya yang tampil bertudung labuh, memag manis sekali.

Tapi inilah ahli keluarga Fattah Amin. Fattah mempunyai tiga adik perempuan, Farhana, Raihan dan Intan serta seorang lagi adik beradik lelaki, Farhan.

Dua lagi lelaki dalam gambar ialah adik beradik ipar kepada Fattah.

Ramai yang memuji penampilan kesemua adik beradik Fattah Amin ini yang amat sejuk mata memandang.

Melihat penampilan adik beradik terutama adik perempuan Fattah yang manis bertudung litup, ramai juga yang mendoakan agar satu hari Fazura akan mengikut jejak adik-adik iparnya.

Sebelum ini Fazura da mengatakan di atas tuntutan kerja dia masih belum berhasrat untuk memakai tudung. InsyaAllah akan tiba masanya nanti.

Sumber: Instagram Fattahaminz

Tiada ulasan