"Boleh Buat Tahlil Kat Zouk" - Damian VE Selar Kenyataan Michael Ang

Share:

Kini isu Neelofa membuat majlis pelancaran di sebuah pusat hiburan boleh dikatakan sudah tamat apabila selebriti dan syarikatnya membuat permohonan maaf.

Neelofa akhirnya mengaku salah atas perbuatannya itu setelah ditegur pelbagai pihak terutama dari para ilmuan termasuk beberapa orang mufti.

Namun ada satu lagi kisah yang berlaku di sebalik isu ini. Ianya melibatkan komen dari Michael Ang, penerbit dan pengarah popular.

Michael Ang ada memberi komen dan pendapatnya berkaitan isu pelancaran tudung terbaru Neelofa di sebuah pusat hiburan.

Di dalam komen itu, dalam nada sinis, Michael mendakwa, mungkin tiada masalah jika dia mahu sewa pusat hiburan itu untuk mengadakan majlis tahlil selepas ini.

Ini kata-kata nya di laman media sosial:

"Neelofa mungkin suka viral jadi viral la. Mungkin Zouk yang ada tempat tu hari ni. Ala tempat je, itu pun kau pertikaikan. Zouk tu kalau aku nak sewa buat majlis tahlil pun dia buat" 
Oleh kerana video itu menjadi viral, seorang lagi selebriti dilihat membidas kenyataan Michael Ang itu.

Komposer dan penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail menyelar tindakan pengarah, Michael Ang yang dikatakan mempersendakan Islam dalam video viral itu.

Ini kenyataan dari pihak Damian VE:

"Makin berani. Agama islam kini dijadikan bahan jenaka. Jika anda Muslim,'unfollow' saja. Tak perlu tengok karya yang dia buat, senang.

"Wahai Michael Ang! Kau tahu tak, kau boleh 'get into a whole load of trouble for stupid statements like this' (menyebabkan banyak masalah kerana kenyataan bodoh seperti ini). Bukan nak menang kau punya peribadi,"


"Tapi kau ingat semata-mata kau buat filem-filem melayu kau boleh komen suka macam ni pasal hal ehwal agama islam ke? Semoga kau masuk islam cepat. Kalau tak ada niat, tolong jangan komen hal ehwal pasal agama kami. 

Tegasnya, jangan kerana sering menghasilkan karya drama dan filem Melayu, dia boleh memberi komen yang menyentuh hal ehwal agama Islam.

Melalui laporan Harian Metro sebentar tadi, Damian meminta Michael Ang agar tidak lagi memberi komen sensitif sedemikian dan berdoa semoga pengarah itu mendapat hidayah daripada Tuhan.

Damina juga mengataaln dia sudi membimbing Michael Ang sekiranya mahukan bantuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai keindahan Islam pada masa depan.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan