Buat Pertama Kali, Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Bersama Anaknya

Share:


Selepas foto anaknya tersebar meluas tanpa kebenaran keluarga, akhirnya buat pertama kalinya penyanyi popuar Datuk Siti Nurhaliza berkongsi gambar anaknya di laman media sosial Instagram.

Sebelum ini, Siti ada berkongsi suara dan baju pertama yang dipakai puteri sulungnya, kini Siti berkongsi gambarnya bersama anak yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Siti Nurhaliza dilihat mendukung bayinya tanpa mendedahkan wajahnya.

Dalam entry terbaru itu, Siti membuat ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan mereka berdua.

Ini tulisnya:

"Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

"Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian,"

"Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

"Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.

"Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,"


Perkongsian itu mendapat lebih perhatian para pengikutnya.

Dalam pada itu mengenai pengalamannya menjaga bayi, suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid berkata, puterinya itu tidak banyak karenah dan Siti akan menyusukannya setiap dua jam sekali.

Ini pendedahan Datuk K:

"Buat masa sekarang, bayi kami tak banyak karenah. Biasalah kalau berjaga waktu malam pun hanya untuk berikan dia susu.

"Selepas itu, dia akan tidur semula dan Siti pun dapat berehat,"

Kata Datuk Khalid lagi, Siti Nurhaliza masih di hospital dan belum dibenarkan pulang ke rumah kerana perlu dipantau oleh doktor memandangkan dia mengalami pendarahan ketika pembedahan.

"Buat masa ini Siti masih dalam pemantauan doktor kerana dia kehilangan banyak darah semasa pembedahan. Sekarang dia perlu ditambah darah dan mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi dia boleh pulang,"

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu.

Buat sementara waktu, anak Siti Nurhaliza dan Dtuk Khalid ini akan menggunakan nama panggila sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

Rata-rata para peminat melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat gambar penuh Fatimah Az-Zahra, bayi paling popular ketika ini.

Sumber: Sinar / mStar

Tiada ulasan