Buat Tatu Kat Kening Sebab Nak Cantik... Tapi Akhirnya Jadi Amat "Hodoh"

Share:

Ini satu lagi kisah yang sedang viral di laman media sosial di serata dunia.

Akibat terlampau obses untuk menjadi cantik. Seorang wanita telah terpaksa menaggung malu apabila dia pergi untuk  membuat tatu dari kedai yang tidak bertauliah serta tidak mempunyai pengalaman serta kemahiran dalam membuat tatu di bahagian keningnya.

Seorang wanita yang berasal dari Thailand  ini terpaksa menanggung malu akibat daripada tatu yang berada dikeningnya itu tersangat lah hodoh.

Menurut laporan dari portal The Star,  insiden yang telah menimpa Kanyarat Dew Chaichan itu turut dikongsi oleh artis pembuat tatu Vilailak Nan Sundantom.

Dia yang berjaya menyelasaikan masalah Kanyarat Dew Chaichan apabila beliau telah membantu menyelesaikan masalah wanita ang malang itu.

Kanyarat turut bernasib baik kerana berjumpa dengan Vilailak yang sanggup membantunya dengan percuma tanpa  sebarang bayaran. Vilailak iaitu pembuat tatu tersebut telah  memuat naik klip video.

Satu klip video yang memaparkan dia  telah membantu membuang tatu tersebut pada 21 Mac, dan dia menyeru agar memberi peringatan kepada wanita di luar sana agar memilih kedai tatu yang berkualiti.

Supaya hasilnya akan menjadikan ia cantik. Cerita tersebut dikongsi semula oleh Kanyarat di Facebook nya. Menurut nya, Kanyarat pada awalnya meminta pertolongan dari Vilailak untuk membuang tatu hodoh di keningnya.

Tetapi dia tidak mampu mencari duit sebanyak 200 Baht (RM25) untuk menampung kos perjalanan ke kedai Vilailak. Jelasnya lagi, walaupun dia memang teringin mahu memperbetulkan semula keningnya.

Tertapi dia terpaksa akur dengan  takdir yang dia akan hidup dengan kening hodoh itu seumur hidupnya. Atas dasar kesian dan simpati dengan wanita malang tersebut dia pun menawarkan rawatan tersebut dengan percuma pada 20 Mac.

Perkara ini telah dijadikan satu ikhtibar kepada orang ramai di luar sana yang ingin membuat sesuatu tanpa berfikir akibatnya.

Sumber: The Star / The Reporter

Tiada ulasan