Ya Allah Sedihnya.. Budak Dua Tahun Mati Terjerut Langsir

Share:

Malang memang tidak berbau lagi-lagi berkenaan isu kematian kanak-kanak. Kejadian maut yang melibatkan kanak-kanak itu berlaku di Ipoh, Perak

Seorang bayi lelaki yang berumur dua tahun menemui ajal selepas lehernya  terjerut pada tali pengikat langsir ketika sedang bermain seorang diri di kawasan tangga rumahnya bertempat di  Halaman Meru Impian, Meru Raya di sini pada hari ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 2.30 petang itu, mangsa yang baru sahaja berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Thamby  siasatan awal mendapati,kanak-kanak malang itu berada di rumah bersama ibu tirinya yang berusia 30 tahun yang ketika itu  sedang memasak di dapur.

Turut dijelaskan, ketika kejadian itu ibu tiri mangsa  itu berasa tidak sedap hati kerana  anak tirinya yang berada di ruang tamu rumah tiba-tiba senyap.

Ibu tiri mangsa malang itu  bagaimanapun melihat leher anak tirinya itu tsudah erjerut pada tali pengikat langsir di ruangan pintu masuk ke bahagian dapur rumahnya.

Semasa kejadian itu menyebabkan mangsa sudah idak sedarkan diri dan ibu tirinya ada cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) lepas mendapat tunjuk ajar dari pihak hospital sewaktu menelefon  talian kecemasan.

Jelasnya sebentar tadi. Menurut Mohd. Ali, CPR yang diberikan oleh ibu tiri kanak-kanak malang itu menimjukan tanda positif apabila nadi bayi itu kembali berdenyut dan susu keluar daripada mulutnya.

Dia turut berkata bahawa , ambulans tiba di rumah mangsa pada pukul 3 petang tadi dan mangsa tersebut telah dibawa ke HRPB untuk menerima rawatan.

Kanak-kanak malang  itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sewaktu berada di hospital. Hasil siasatan mendapati, bayi itu meninggal dunia dipercayai sewaktu sedang bermain di bahagian tali pengikat langsir berhampiran tangga rumahnya.

Hasil dari bedah siasat telah mendapati, kematian mangsa malang kanak-kanak itu berpunca daripada mampatan pada bahagian leher sewaktu bayi itu tergantung. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Kosmo Online

Tiada ulasan