Campaklah fitnah, kecaman apapun.... tak ada yang boleh patahkan saya - Neelofa

Share:

Nampaknya pada tahun 2018 ini, begitu banyak kontroversi dan isu panas yang melanda selebriti popular Noor Neelofa.

Yang paling panas, sudah tentu isu syarikat tudung milik Neelofa membuat majlis pelancaran tudung terbarunya  di tempat yang dikatakan tidak sepatutnya.

Begitu banyak kecaman diberikan kepadanya sehingga Neelofa membat keputusan untuk memohon maaf.

Kemudian, Neelofa terpalit dengan beberapa kontroversi lain seperti dikatakan memerli isteri kepada Fattah Amin iaitu Fazura dalam satu video.

Video itu menjadi viral dan buah mulut terutama dari para peminat Fazura yang menghentam tindakan Neelofa itu.

Tidak cukup itu, fesyen Neelofa juga menjadi tumpuan apabila beberapa kali Neelofa dikecam kerana berpakaian yang tidak menggambarkan sebagai seorang muslimah.

Yang terbaru, penampilan Neelofa di satu majlis pelancaran tudung bersama Zalora dikecam, yang mana Neelofa memakai turban dan topi dengan seluar jeans.

Walaupun begitu banyak isu, sebenarnya Neelofa langsung tidak terkesan dan akui semkain kuat.

Ini komen Neelofa:

"Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan tetap akan datang. Kekal positif dan kuat melawan itu semua.

"Saya belajar mengenali dengan lebih dalam siapa diri sendiri. Nilai hidup yang dimiliki, kekurangan dan kelebihan. Apa pun orang cakap, tak ada yang boleh mematahkan saya.

"Campaklah fitnah apa pun, kecaman apa pun, itu adalah peluang saya belajar kenali diri lagi. Saya bersyukur Allah datangkan ujian yang tersirat dengan hikmah yang maha besar,

Sementara itu, berbicara tentang tudung miliknya, Neelofa berkata ianya semakin maju dan sukses.

Malah , jenama tudungnya sudah mula mendapat perhatian luar negara.

Ini pendedahan Neelofa:

"Allah Maha Besar, hikmah daripada yang berlaku adalah sesuatu di luar kotak fikiran. Saya mendapat banyak respons daripada usahawan dalam dan luar negara yang kini tahu tentang jenama Naelofar Hijab.

"Malah keluaran baharu Naelofar, Tania juga habis dijual sebelum saya sempat melancarkannya. Saya benar-benar bersyukur,"

Itulah komen dari Neelofa tentang kontroversi yang melandanya. Neelofa kini bakal muncul dengan drama terbaru bersama Zul Ariffin tidak lama lagi.

Kepada peminat setia Neelofa dan Zul jangan lupa menonton drama berjudul Ti Amo, Sweetheart 100 Hari yang dijangka meletup ini.

Sumber: Utusan

Tiada ulasan