Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Cukup-cukuplah jadi penunggang agama" - Boy Iman Perli Yusuf Azmi?

Share:


Masyarakat Malaysia terutamanya sudah pasti dan tahu akan isu berkaitan Dato Boy Iman dan juga Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu Yusuf Azmi berkenaan skandal penjualan rumah murah.

Kejadian yang berlaku pada semalam iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi secara rasminya telah  mengumumkan tidak lagi bersama persatuan itu.

Dia menjelaskan bahawa tindakan tersebut  diambil selepas beliau mendakwa ada menerima pelbagai kecaman serta fitnah yang tidak boleh diterima dirinya dan memilih untuk lebih meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Yusuf Azmi turut berkata yang selama ini dia sering banyak kali meninggalkan keluarganya  demi berjuang membantu pengguna-pengguna Islam. Namun sebentar  tadi, Dato' Boy Iman juga telah memuatnaik status di laman sosial  Facebooknya yang mendakwa ia berkait rapat dengan perletakkan jawatan Yusuf Azmi.

Kata Boy Iman lagi, ia adalah merupakan doa orang yang teraniaya dan pasti Allah akan makbulkan dan dia juga menjelaskan :-

 "Cukup-cukuplah jadi penunggang agama dan cukup-cukuplah gila publisiti"

" Salam subuh & Selamat pagi! Doa orang teraniaya pasti Allah makbulkan, Yang batil bersifat sementara, Yang hak, yang benar pasti akan menjelma. "

"Kau aniaya aku, kau fitnah aku, kau buat aku dan sekarang kau mendapat pembalasannya. Orang kau sendiri yg buat kau, Bukan org luar. Kau bukak aib orang, Allah bukak aib kau. "

"Cukup2 lah munafik, Cukup2 lah menjadi penunggang agama, Cukup2 lah gila publisiti, Cukup2 lah gila duit. Perjuangan kau bukan lilahitaala."

"Semoga ia menjadi pengajaran bagi kau dan bg semua. Jangan taksub dengan manusia kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak sesempurna mana. Biar nampak "kotor" di luar tetapi "bersih" di dalam".

"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Salam perkenalan dari saya, Nama saya dbi."

Di harap apa yang terjadi haruslah berbincang dengan secara aman supaya tidak menimbulkan masalah yang lain di kemudian hari. Moga-moga kedua-dua nya dapat menyelasaikan masalah ini dengan secara baik.

Sumber : Facebook Boy Iman

No comments