"Dah Tahu Suami Orang, Jauhkan Diri.. Hormati Hak Orang Lain" - Komen Padu Bella Astillah

Share:
 
Kisah rumah tangga antara pelakon Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya Intan Liana Saleh telah mendapat perhatian isteri kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ternyata terkesan dengan berita tersebut.

Penyanyi ini berkata seseorang wanita itu seharusnya tahu membatasaan hubungan dengan lelaki yang sudah mempunyai isteri.

Ini komen Bella:

"Betul ia melibatkan dua pihak tapi dari awal berjumpa mesti sudah tahu suami orang, seharusnya kita tahu limit kita, sebolehnya jauhkan diri dan jaga kelakuan kita.

"Hormatilah hak orang lain terutamanya sesama wanita dan kebahagian orang,"


Bella menulis di ruangan komen Instagram rasmi mStar Online iaitu @mstaronlineofficial pada salah satu foto berkaitan berita mengenai hal perpisahan Ude dengan isteri pertama, pada Rabu lalu.

Isteri kepada Aliff Aziz ini menjawab komen akaun Instgaram ditulis oleh seorang follower yang mempertikaikan tindakan netizen kerana hanya menyalahkan Izreen Azminda sedangkan perkahwinan yang terjadi itu berlaku disebabkan kehendak kedua-dua belah pihak.

Reaksi ditulis oleh Bella itu kerana dia sendiri pernah melalui pengalaman apabila suaminya Aliff Aziz mengaku curang kerana keluar ke pusat karaoke bersama pasangan pelakon dalam drama iaitu Afifah Nasir selepas mereka tamat penggambaran pada tahun lalu.

Diimbas kembali, suami Izreen, Ude Wahid telah memfailkan permohonan lafaz cerai terhadap isteri pertama bernama Intan Liana pada 30 November 2017.

Isnin lalu, kedua-dua mereka telah hadir ke mahkamah kerana isu ini.

Pasangan ini telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Tahun lalu, Izreen Azminda mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin sebagai isteri kedua dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Sumber: mStar

Tiada ulasan