"Dari Hari Pertama Menipu, Sampai Saat Hujung Tanduk Pun Menipu" Kata Ibu Elfira Loy

Share:

Kontroversi putus tunang yang melanda penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy terus hangat diperkatakan orang ramai.

Kini nampaknya ibu kepada Elfira Loy telah memuat naik beberapa status laman sosial yang lebih kepada meluahkan perasaan terbuku di hatinya.

Ibu Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff menerusi akaun Instagram @mamacat2016 memuat naik status mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan penipuan.

Sementara itu, menerusi status lain, ibu Elfira Loy memuat naik foto berbunyi 'kebohongan adalah awal kehancuran' berserta ayat petikan daripada Hadis Riwayat Bukhari.

Ini antara komen dari Filzah Yusof:

"Dari hari pertama menipu sampailah saat hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah?"

"Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Dia sedang menambah catatan amal buruknya yang kelak harus dipertanggungjawabkan.

"Berupayalah untuk menghindari kebohongan seremeh apa pun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain,"


Selain itu di turut memberi komen berhubung wang hantaran namun tidak dinyatakan perkara itu ditujukan kepada sesiapa dalam menjelaskan wang hantaran yang dikatakan terlalu tinggi.

Katanya, jika soal wang hantaran menjadi perkara utama, mengapa pihak berkenaan tidak memberitahu lebih awal.

Ini komen dari ibu Elfira Loy lagi:

"Kalau kata hantaran tinggi kenapa tidak beritahu awal-awal. Sebenarnya hantaran diminta ialah simpan sehari RM20 dalam AlQuran kali 365 hari agak-agak berapa jumlah sebenar?

"Masa bertunang pun tak guna duit hampa (kamu), mas kahwin pun tak minta duit cuma minta hafal ayat Mulk (surah Al-Mulk) dengan harapan nanti bila nak tidur senang baca tak payah buka Al-Quran"


Itu merupakan antara luahan dari ibu Elfira Loy di laman media sosial miliknya baru-baru ini.

Ada mengatakan luahan ini berkait rapat tentang hubungan anaknya iaitu Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang gagal dalam usaha untuk membina rumah tangga.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin kepada Sufian Suhaimi di Muar Johor.

Di imbas kembali, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac tahun ini.


Sumber: mStar

Tiada ulasan