Home Top Ad

Responsive Ads Here

Datin Rozita Kena 8 Tahun Penjara Kes Dera Pembantu Rumah

Share:


Hasil daripada rintihan dan kecaman dari pada Netizen terhadap kes seorang wanita yang bernama Rozita yang berusia 44 tahun yang didakwa telah mendera pembantu rumahnya.

Mangsa merupakan seorang warga Indonesia yang telah didera oleh Rozita dengan begitu teruk sekali hingga menyebabkan kecederaan yang serius.

Pihak Mahkamah  Tinggi Shah Alam pada hari ini pun menjatuhkan hukuman penjara sebanyak lapan tahun terhadap tertuduh yang bernama Rozita Mohamad Ali yang telah mengaku bersalah kerana mendera  pembantu rumahnya.

Menurut hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah telah membuat keputusan kepada suri rumah tersebut  yang juga responden apabila  mengenepikan hukuman yang dikenakan tidak setimpal terhadapnya sebelum ini.

Pihak mahkamah juga memerintahkan hukuman itu akan berjalan bermula hari ini dan permohonan Rozita untuk penangguhan pelaksanaan turut ditolak oleh pihak  mahkamah.

Jika sebelum ini tertuduh iaitu Rozita hanya dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, serta membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, 15 Mac lepas.

Tertapi ,permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya. Semasa ditanya pihak media  sebelum prosiding bermula, Rozita telah  mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang gelaran termasuk Datin seperti dikatakan oleh pihak media sebelum ini.

Kes itu dikelolakan oleh  Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, manakala responden hanya diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sebelum ini, pada 21 Mac lalu,

Terdahulu, Rozita telah gagal hadir ke mahkamah dan pihak pendakwaan telah diberi tempoh selama seminggu untuk mencarinya.

Rozita telah didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso pembantu rumahnya  dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung serta sebatang rod besi berwarna biru,

Serta sebatang  alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang telah digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan tersebut  didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara lebih kurang antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Kes pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga denda.

Sumber: Harian Metro

No comments