Datuk Farid Kamil Didakwa Buat Laporan Palsu

Share:

Hari ini, menerusi laporan portal Berita Harian, dikatakan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok kerana membuat laporan polis palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Datuk Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Ini kenyataan dari pihak Polis:

"Kes sudah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen192 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,"

Laporan palsu itu mendakwa kononnya tiga rakan artis telah meletakkan bahan terlarang di dalam minumannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan terhadap tiga individu itu mendapati laporan polis yang dilakukan Farid itu tidak berasas dan sengaja direka.

Dalam sidang media sebelum ini, Datuk Farid Kamil ada membuat pendedahan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar meletakkan bahan terlarang dalam minumannya sehingga membuatkannya hilang kawalan dan mengamuk di balai polis tidak lama dulu.

Datuk Farid Kamil memberitahu dia menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada pihak polis.

Dakwa pelakon filem Tombiruo ini lagi, individu sebenar yang mendatanginya pada hari kejadian adalah pengurus artis dan penyanyi yang memperkenalkan diri sebagai Taj dan Osh.

Di imbas kembali, pada 16 Januari lalu, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan bahan terlarang  jenis THC iaitu '11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid.

Sebelum ini Datuk Farid Kamil ada membuat sidang media pada minggu lepas untuk mendedahkan perkara sebenar yang terjadi.

Kes Farid Kamil kini sedang menunggu perbicaraan dan masih dalam siasatan selanjutnya.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan