Dipanggil Gorila, Badak, Babi.. Siapa Yang Tahan! - Pendedahan Siti Sarah

Share:

Siapa yang tak kenal dengan isteri kepada pelawak popular Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin.

Siti Sarah merupakan penyanyi yang mempunyai vokal yang amat merdu selain mempunyai aura power yang tersendiri.

Antara lagu popular Siti Sarah ialah "Kesetiaan", "Sandarkan Pada Kenangan" duet bersama Jamal Abdillah dan yang paling diketahui ramai ialah lagu "Jangan Kau Mimpi".

Kepada yang mengikuti perkembangan Siti Sarah, jika dibandingkan dengan penampilan penyanyi Siti Sarah dahulu dengan sekarang, memang banyak perbezaan ketara.

Sekarang ini, penyanyi dari Perak yang berumur 33 tahun ini kelihatan semakin cerah, langsing dan amat cantik.

Baru-baru ini, Siti Sarah ada berkongsi luahan perasaannya di Instagram punca dan sebab mengapa dia nekad untuk ubah penampilan diri.

Tambahnya lagi, perkongsian itu juga adalah untuk menyeru wanita lain di luar sana untuk berubah dan tidak menerima nasib sama sepertinya.

Luahan ini dibuat di laman IG miliknya baru-baru ini. Ini gambar dan caption Siti Sarah:


"Siapa ingat gambar ini? Mungkin ramai yang kata kenapa nak cerah kenapa nak berubah buat apa? Awak tiada di tempat saya, awak tak hadap apa yang saya hadap. Ya, saya memang kuat untuk hadap banyak benda.

"Tapi saya tahu ramai orang yang tak boleh menghadapi tekanan apabila dikutuk dipanggil gorila, negro, nama-nama binatang (badak,babi dan seangkatan dengannya) siapa yang tahan!

"Apabila ada orang ingat tak tak sama tarat dengan dia! Kau salah!! Ini masa untuk berubah. Saya tahu ramai wanita yang diluar sana nak berubah. Jangan berubah untuk orang lain. Berubah untuk diri sendiri. Yang penting perubahan perlukan kesabaran.

Itulah kata-kata dari Siti Sarah.

Rata-rata netizen terutama para followernya menyokong perubahan Siti Sarah dan berharap agar orang diluar sana dapat menjadikan Siti Sarah sebagai contoh untuk berubah.

Selain itu, ramai juga menyarankan supaya jangan sesekali seseorang itu menghina ciptaan Tuhan.

Untuk pengetahuan, Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shuib dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sumber: Instagram Siti Sarah

Tiada ulasan