Ditanya Tentang Kes Ude Wahid Dan Izreen Azminda, Ini Respon Ashraf Muslim

Share:
 
Ashraf Muslim merupakan antara pelakon di Malaysia yang mengamalkan poligami.

Pelakon kacak ini telah berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman di Makkah pada 30 Ogos 2011.

Kemudian, Ashraf Muslim bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi sebagai isteri kedua di Thailand pada 7 Julai 2013.

Kini Ashraf Muslim dikurniakan tiga cahaya mata bersama kedua-dua isteri iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.

DILABEL IKON POLIGAMI

Gara-gara statusnya yang beristeri dua, pelakon Ashraf Muslim dilabel sebagai ikon poligami namun pelakon ini tidak bermegah dengan gelaran itu, malah tidak mahu digelar sebagai ikon.

Isu poligami cukup sensitif untuk dibincang dan diperkatakan secara terbuka, Ashraf Muslim berpendapat hal berkaitan rumah tangga tidak harus dicampuri pihak luar, sebaliknya wajar diselesaikan dalam kalangan keluarga itu sendiri.

Bagi Ashraf, sikap toleransi penting dalam menyelesaikan isu antara suami isteri dan pihak luar sering kali tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga berpoligami.

Ini komen Ashraf Muslim:

"Bagi saya, suami sebagai ketua keluarga perlu bijak…bukan saja daripada segi kewangan, malah aspek lain juga. Namun isteri perlu turut sama membantu bagi membentuk sebuah unit keluarga bahagia"

Ashraf berkata, dalam melayari bahtera perkahwinan, individu perlu memiliki ilmu sebelum berkahwin, apatah lagi jika mahu bernikah lebih daripada seorang isteri.

"Jika memilih perceraian sebagai penyelesaian sekali pun, ia perlu disusuli dengan ilmu. Ini kerana ia bukan sekadar melafazkan talak semata-mata"

Bagi Ashraf, perceraian tidak terhenti selepas lafaz diungkap, sebaliknya ada tanggungjawab yang menyusul selepas itu.

Tambahnya, perancangan perlu dibuat untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang mengenai apa yang perlu dibuat, selain diiringi doa agar beroleh kebahagiaan.

DITANYA TENTANG KES UDE WAHID

Ashraf Muslim telah berganding dengan pelakon Izreen Azminda dalam drama bersiri Geng Tadarus.

Sempat ditanya mengenai kemelut rumah tangga dihadapi keluarga Izreen dan pemuzik Ude Wahid, Ashraf berharap semua pihak mengambil jalan terbaik menyelesaikannya.

Ini komen Ashraf Muslim:

"Keputusan sudah dibuat, jadi tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Semoga ia adalah penyelesaian yang terbaik buat semua pihak.

"Apa yang penting, masing-masing jangan buka aib sesiapa kerana tindakan itu boleh mengeruhkan lagi keadaan. Banyak hati yang perlu dijaga, kerana perceraian bukan hanya membabitkan pihak suami dan isteri saja, malah turut membabitkan keluarga"

Ashraf percaya dalam kes Ude, semua pihak terbabit sudah menilai segala kebaikan dan keburukan dalam setiap langkah yang diambil.

Ini pendapat Ashraf Muslim lagi:

"Jadi jangan percikkan api lagi. Mereka di luar, usah tokok tambah cerita yang boleh menjadikan perkara itu sensasi terutama dalam media sosial.

"Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, biarlah mereka selesaikan secara baik

Itulah pendapat dari Ashraf Muslim tentang isu yang sedang melanda Ude Wahid, Izreen Azminda dan juga Intan Liana.

Minggu lepas, Ude telah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Intan Liana Saleh di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Kuala Lumpur.

Sumber: BH Plus

Tiada ulasan