Eksklusif: Kenyataan Izreen Azminda Di Melodi.. Jom Tonton Videonya

Share:
 
Kontroversi penuh hangat telah melanda pelakon popular Izreen Azminda sepanjang minggu lepas.

Ada dua isu yang menjadi tumpuan. Pertama tentang ada pihak yang membuat dakwaan mempersoalkan status anak Izreen Azminda.

Isu kedua pula, isu berkaitan rumah tangganya iaitu apabila ramai menyalahkan Izreen Azminda dengan mengatakan pelakon ini sebagai punca perpisahan antara suaminya Ude dengan isteri pertama, Intan Liana.

Di laman media sosial memang teruk pelakon Izreen Azminda dihentam masyarakat tentang kisah yang melanda isteri pertama yang mahu dicerai oleh pemuzik hebat, Ude Wahid.

Rata-rata mengecam Izreen Azminda di laman media dan bersimpati dengan nasib menimpa isteri pertama, Intan Liana.

Malah video temubual Intan Liana ketika di mahkamah membuatkan ramai yang sedih kerana kelihatan Intan seperti tidak tahu kenapa dia ingin diceraikan.

Intan Liana juga dilihat telah mengalirkan air mata ketika berada di mahkamah.

Menerusi rancangan hiburan Melodi, wartawan telah mendapatkan Izreen Azminda untuk mendapatkan kenyataan tentang isu panas yang melanda pelakon ini.

Ini video eksklusif temubual Izreen Azminda di Melodi (4 Mac 2018):


ISU PERSOAL STATUS ANAK:

- Izreen Azminda berkata orang sengaja cari salahnya. Namun apabila ia berkaitkan anaknya, Izreen Azminda berasa marah dan sedih dengan kejadian ini.

- Izreen telah memberitahu bekas suami, Riza tentang perkara ini.

- Pelakon ini juga akan ambil tindakan undang-undang tentang perkara ini kerana ianya melibatkan maruah dirinya dan maruah keluarga terutama melibatkan anaknya.


ISU SUAMI CERAIKAN INTAN LIANA

- Pelakon ini berkata dia tidak berhak memberi komen tentang hal ini. Yang berhak memberi komen ialah suami dan isteri pertama.

- Izreen dah lali dengan tuduhan dari orang ramai dan memaafkan orang yang sering mengata nya.

- Dia juga berharap netizen berhenti fitnah nya kerana mereka tidak tahu hal sebenarnya. 

- Jangan babitkan saya..tolonglah - itulah kata dari Izreen.

Itulah komen pelakon Izreen Azminda di rancangan hiburan popular Melodi Ahad lalu pada 4 mac 2018.

Rabu lepas, ude Wahid dan Intan Liana hadir ke mahkamah untuk kes sebutan cerai. Kes proses penceraian antara Ude Wahid dan Intan Liana akan disebut semula pada 22 Mac nanti.

Sumber: Melodi TV3 / BeritaMemey

Tiada ulasan