(EKSKLUSIF) Kenyataan Panas Rita Rudaini Di Melodi, Terasa Hati Dengan Tindakan Izreen Azminda

Share:


Sejak kebelakangan ini, isu paling hangat yang sedang melanda tanah air ialah isu perkahwinan Izreen Azminda, suaminya Ude Wahid dan juga isteri pertamanya Intan Liana.

Semuanya bermula apabila Ude Wahid telah menfailkan permohonan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana.

Kes ini menjadi tumpuan ramai apabila pasangan ini hadir ke mahkamah dan Intan Liana dilihat mengalirkan air mata ketika berada di mahkamah.

Tarikh yang diberi untuk kes ni akan dibicarakan ialah pada 22 Mac nanti.

Apabila isu ini menjadi heboh, rata-rata netizen dan masyarakat dilihat berang dengan Izreen Azminda dan menuduhnya sebagai punca kepada masalah rumah tangga Ude Wahid dan Intan Liana.

Memang teruk Izreen Azminda menerima kecaman dari pelbagai pihak sehingga pelakn ini membuat keputusan untuk menutup laman media sosial Instagram miliknya.

Suami Izreen Azminda iaitu Ude Wahid turut menyah-aktifkan laman Instagram miliknya.

Namun yang tak bestnya, isu melibatkan Izreen Azminda ini juga membuatkan ada individu lain turut terpalit sama.

Antaranya ialah rakan Izreen Azminda iaitu Rita Rudaini.

Melalui rancangan hiburan Melodi, Rita Rudaini dilihat telah meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan Izreen Azminda kerana dia menjadi mangsa kecaman para netizen.

Ini videonya:


Ini antara isi kandungan komen dari Rita Rudaini di Melodi:

"Izreen ada cakap saya BFF dia, saya kawan dengan semua orang tapi saya tak masuk hal peribadi.

"Apabila saya kena kecam, family saya malu, anak saya malu.

"Sebelum benda jadi saya dah cakap, risiko dia apa, ambil orang punya memang salah. 

"Kita kena sedar kalau kita menumpang orang punya, ambil pula tanpa minta izin, kena respek dia, jangan cakap banyak, apa jadi kena minta maaf, saya tak belah mana-mana, saya juga penah berada tempat Intan dulu. Dengan Ude tiba-tiba nak cerai bagi saya memang tak sokong.

"Saya selama ini kalau kena kecam, saya tak pernah tutup komen, dan saya tak pernah libatkan kawan-kawan sekeliling saya

"Izreen kenapa buat saya macam ini. Kenapa tutup Instagram? Kenapa lari. Sekarang saya nak cakaplah, saya memang kecil hati dengan dia, memang terasa sangat. Sebagai kawan memang tak patut buat macam ni.

"Saya boleh bersemuka dengan Izreen, tapi selepas kahwin tiba-tiba senyap dengan saya, takpa lah, takkan saya nak kacau rumah tangga orang.

Itulah luahan hati dari Rita Rudaini, kesian juga Rita kerana tidak sema-mena dikecam netizen. harap janganlah terus mengecam Rita, dia tiada kena mengena dengan isu melibatkan Izreen Azminda ini.

Sumber: Melodi

Tiada ulasan