Fatimah Nama Panggilan Anak Datuk Siti Nurhaliza, Nama Penuh Pula Ialah..

Share:

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama paa peminat yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan keselamatannya untuk bersalin hari ini.

Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan awal pagi tadi secara pembedahan di sebuah pusat perubatan pada jam 8 pagi.

Kedua-dua ibu dan anak kini dalam keadaan stabil dan sihat walafiat.

Ini ucapan dari Datuk Siti Nurhaliza:

"Alhamdulillah, atas kurniaan Allah SWT. Terima kasih di atas ucapan tahniah diberikan.
 

"Dengan rasa penuh rendah hati, saya dan suami ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan kami. Syukur ya Allah,"

Sementara itu, suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah memaklumkan nama panggilan sementara anak mereka ialah Fatimah Az-Zahra.

Fatimah merupakan nama panggilan anak Datuk Siti Nurhaliza, nama penuh pula ialah akan diumumkan tidak lama lagi.

Ini pendedahan Datuk K:

"Untuk tempoh seminggu ini, sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih Fatimah Az-Zahra untuk bayi baru lahir ini.


"Pilihan nama sudah ada. Kami akan umumkan pada majlis yang akan dianjurkan kemudian"


Ucapan terima kasih Siti dikongsikan di Instagram miliknya berserta sedutan video lagu Comel Pipi Merah yang dicipta khas untuk anak perempuannya.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan bilik anak perempuannya di kediaman mereka dan bilik hospital yang dihias berlatarkan rona merah jambu.

Sehingga kini, video itu sudah ditonton lebih satu juta penonton dan mendapat lebih 900 ribu komen dari para follower.

Menerusi berita kelahiran anak pertama Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menjadi tumpuan ramai.

Selain media tempatan, berita kelahiran Siti Nurhaliza turut mendapat liputan meluas media Indonesia dan juga negara jiran Singapura.

Siti dan suami berkahwin pada 21 Ogos 2006. Selepas 11 tahun berkahwin, Siti Nurhaliza telah mengumumkan dia hamil empat bulan menerusi kaedah In Vitro Fertilization (IVF).

Dua minggu sebelum bersalin, Siti Nurhaliza telah berkongsi dia memilih proses melahirkan secara pembedahan Caserean Section atas nasihat doktor.

Siti Nurhaliza akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada 8.17 pagi tadi.

Tahniah diucapkan, ramai yang tak sabar nak lihat wajah Fatimah Az Zahra.

Sumber: Metro

Tiada ulasan