Fatin Afeefa Tampil Beri Komen Apabila Dituduh Jalin Hubungan, Bermesra Dengan Suami Orang

Share:
 
Nama Fatin Afeefa pernah menjadi sebutan tak lama dulu setelah membintangi filem kanak-kanak berjudul Tentang Bulan yang turut menampilkan Aedy Ashraf dan juga Erin Malek.

Fatin Afeefa kemudian telah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz namun telah bercerai dan kini bergelar ibu tunggal.

Kemudiannya, pelakon ini membuat come back dalam industri hiburan dengan lakonan mantap dalam drama Red Velvet bersama pelakon utama Neelofa dan juga Alif Satar.

Kini nama Fatin Afeefa kembali menjadi bualan hangat.

Ada beberapa kontroversi yang melanda bekas isteri pelakon, Adam Shahz ini.

Tatkala Izreen Azminda dikecam hebat kerana berkahwin dengan suami orang, kini Fatin Afeefa turut dilabel perkara yang sama apabila didakwa mengganggu suami orang.

Pada Disember tahun lalu, kecoh seketika apabila netizen mendakwa sekeping gambar pelakon wanita sedang bermesra dengan seorang lelaki yang menjadi viral di laman sosia, dan ramai mengatakan foto itu adalah Fatin dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Bagaimanapun, Fatin Afeefa dengan sekeras-kerasnya telah menafikan wanita tersebut adalah dirinya.

Kemudian, baru-baru ini menerusi gambar yang sama, seorang wanita melalui satu akaun Twitter telah mendakwa lelaki yang ada dalam gambar berkenaan adalah suaminya.

Ia sekali gus mendakwa pelakon yang juga penyanyi itu menjalin hubungan dengan suaminya selain menulis beberapa lagi kenyataan lain mengenai perihal negatif terhadap Fatin Afeefa sehinga mengatakan mereka ada duduk serumah bersama.

Menerusi portal KOSMO, akhirnya Fatin Afeefa tampil memberi komen tentang dakwaan ini.

Ini komen dari Fatin:

"Orang yang memberi kenyataan tersebut berselindung di sebalik akaun palsu, jadi apa tujuannya?
 

"Kalau betul, keluarkan diri dekat umum. Jangan sembunyikan diri anda"

"Saya tidak kacau siapa pun. Orang tak suka bila kita tunjuk kita senang kot. Entah lah.

"Cuma, apa yang boleh saya katakan ialah kalau betul, tunjukkan diri. Kalau sembunyi, berita itu tidak sah"


Fatin Afeefa kemudian mengatakan dia tidak mahu mengulas hubungannya dengan mana-mana lelaki kerana itu adalah perkara peribadinya.

Selain daripada kontroversi tersebut, sebelum ini nama Fatin turut panas kerana didakwa telah menyihir bekas suaminya.

Adam mendakwa dirinya telah disihir Fatin sehingga menyebabkan dia tidak menyedari bekas isterinya itu curang ketika mereka masih berumah tangga.

Bagaimanapun, Fatin Afeefa menafikan dakwaan Adam dan menegaskan tidak mengenali mana-mana bomoh selama ini.

Berbicara tentang perkembangan terkini, Fatin Afeefa terlibat dalam satu penggambaran drama sebanyak 80 episod berjudul Mona Lisa yang akan ditayangkan bermula 20 Mac ini di Astro Prima.

Fatin Afeefa juga terlibat dengan penggambaran drama 24 episod, Bimbi Bonni:Misi 007 untuk saluran Astro Warna.

Sumber: Kosmo!

Tiada ulasan