(FOTO) Inilah Gambar Baby Perempuan Siti Nurhaliza Yang Menjadi Viral.. Comelnya!

Share:

Penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza telapun selamat bergelar ibu setelah melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Bayi perempuan yang dilahirkan itu seberat 3.55 kilogram dan dilahirkan Siti Nurhaliza secara pembedahan Caesarean Section di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Bayi comel ini dilahirkan sekitar jam 8.17 pagi semalam.

Beberapa jam selepas Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi sulungnya itu, satu gambar telah dimuatnaik di laman media sosial Facebook oleh seorang wanita.

Wanita itu memuatnaik foto yang jelas menunjukkan wajah anak sulung Siti Nurhaliza selain beberapa video ketika melawat penyanyi popular itu di hospital.
 
Suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan gambar bayi dipangku seorang wanita, seperti yang tersebar di laman sosial adalah anak mereka.

Sememangnya amat comel wajah anak kecil ini yang diberi nama panggilan Fatimah Az Zahra.

Ini fotonya:


Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan pengguna Facebook berkenaan kerana menyebarkan gambar itu tanpa kebenaran dari ibu bapa nya iaitu Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.

Ramai meminta wanita berkenaan meminta maaf selain menurunkan foto dan video berkenaan.

Apapun, gambar anak Siti Nurhaliza telahpun tersebar dan ianya di luar kawalan Siti Nurhaliza mahupun Datuk Khalid.

Sebelum ini, berita Siti gugur juga pernah menjadi viral dan dikatakan disebarkan kenalannya.

Malah berita kehamilan Siti Nurhaliza juga pernah menjadi bualan ekoran tersebarnya ujian kehamilan yang menunjukkan Siti telah hamil.

Apapun, semoga Siti Nurhaliza dan baby Fatimah sentiasa sihat. Ramai tak sabar nak tahu nama penuh Fatimah dan juga lagi banyak foto bayi comel ini.

-Sakura Media-

Tiada ulasan