Home Top Ad

Responsive Ads Here

(FOTO) Parti Mandi Buih Dynas Mokhtar Menjelang Pernikahan

Share:
 
Pelakon popular Dynas Mokhtar akan berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi.

Dynas Mokhtar baru sahaja mengumumkan tarikh pernikahannya dengan seorang usahawan bernama Shazrik Din di Shah Alam pada 21 April depan.

Bakal suami Dynas ini berumur 36 tahun dan merupakan pengusaha ladang ayam yang berjaya.

Empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal, Dynas Mokhtar, 35 tahun telahpun mengikat tali pertunangan dengan Shazrik pada 26 Oktober lalu.

Oleh kerana bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tidak lama lagi, Dynas dilaporkan telah terbang ke Pulau Redang untuk bersantai bersama rakan-rakan rapatnya di The Taaras Beach And Spa Resort.

Lebih kurang seperti mengadakan ‘Bridal Shower’, Dynas Mokhtar ternyata seronok bersama rakan-rakan rapatnya termasuk beberapa artis popular lain.

Antaranya adalah seperti pengacara dan pelakon Yasmin Hani, Sazzy Falak dan Daphne Iking.

Berkongsi aktiviti di laman Instagram milik Dynas dan rakan-rakan, banyak foto-foto menarik sepanjang percutian mereka ketika berada di sana.

Antara foto yang dikongsi oleh Dynas Mokhtar yang menjadi perhatian ramai pihak ialah Dynas dan rakan-rakan sedang mandi buih bersama-sama.

Jom tengok gambar-gambar kemeriahan parti mandi buih secara tertutup di bilik mandi yang amat besar di hotel yang didiami oleh Dynas bersama rakan-rakannya itu.

Ini fotonya:



Ini caption Dynas:

"What do we do before we go back to reality ? Bubble bath party? So gonna miss this huge toilet"

Ini pula caption Daphne Iking:

"Friends who bubble bath together, stick together!

Dari laporan Mstar Online sebelum ini, Dynas Mokhtar akui dia berasa gementar menjelang hari pernikahan.

Sebelum ini, Dynas pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 namun mereka bercerai pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga segala urusan Dynas Mokhtar dan bakal suami dipermudahkan untuk disatukan.

Sumber IG Dynas Mokhtar

No comments