Ini Kenyataan Rasmi Nelydia Senrose Tentang Jejaka Bernama "Mr.H"

Share:
 
Adik-beradik Senrose merupakan pelakon popular di Malaysia. Keluarga Senrose terdiri dari Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan juga Raysha Rizrose.

Nelydia Senrose, 23 tahun sememangnya seorang yang kurang terpalit dengan sebarang kontroversi.

Memang jarang dunia hiburan mendengar kisah yang kurang elok tentang Nelydia Senrose.

Cumanya sebelum ini, Nelydia Senrose ada bercinta dengan pelakon Qi Razali namun huungan mereka terputus di tengah jalan.

Dalam perkembangan terbaru, kini ada satu gambar Nelydia Senrose dengan seorang lelaki tersebar.

Foto itu menunjukkan seorang lelaki sedang bergambar berdua bersama Nelydia Senrose dan dilihat sedang merangkul pinggang Nelydia Senrose.

Ada gosip bertebaran mengatakan jejaka itu merupakan seorang jutawan dan sedang bercinta dengan Nelydia Senrose.

Akhirnya, pelakon ini tampil memberi sedikit komen tentang gambar tersebut.

Nelydia Senrose mendedahkan dirinya kini berkawan baik dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr H, jejaka dalam gambar itu.

Nelydia ketika dihubungi berkata, hubungan dengan jejaka terbabit masih dalam fasa perkenalan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Nelydia, sekiranya ditakdirkan ada jodoh, dia terbuka untuk mengakhiri zaman bujang dengan lelaki terbabit.

Ini komen Nelydia Senrose:

"Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih.

"Cuma saya mohon doakan jodoh yang terbaik untuk saya,"

"Jika sudah ditakdirkan dan kami ada jodoh, saya memang nak akhiri zaman bujang.

"Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali,"


Terdahulu, timbul gosip mengatakan pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu menjalin kasih dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai, Mr H apabila tersebar sekeping foto dirinya berpelukan sambil tangan di dada jejaka terbabit.

Ada juga mengatakan Mr H itu merupakan rakan kepada Jejai, bekas suami kepada Nora Danish dan juga Fasha Sandha.

Sehingga kini belum ada pendedahan siapakah sebenarnya jejaka bernama Mr H ini.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan