Ini Respon Balas Izreen Azminda..

Share:
 
Pelakon Izreen Azminda kini sedang melalui laluan penuh berliku dan ranjau dalam kehidupan setelah terbabit dengan kontroversi.

Ini kerana Izreen Azminda sedang teruk dikecam masyarakat ekoran suaminya Ude Wahid mahu menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana.

Kes Ude Wahid dan Intan Liana akan disebut semula di mahkamah pada 22 Mac ini.

Kes ini turut ada kesan kepada rakan dan kenalan Izreen Azminda. Antaranya ialah rakannya yang juga pelakon popular iaitu Rita Rudaini.

Ini membuatkan Rita meluahkan perasaannya di Melodi Ahad lalu yang mana dia terguris kerana terpalit dengan kontroversi melibatkan Izreen Azminda.

Melalui satu kenyataan di Harian Metro, Izreen Azminda telah membeeri respon balas tentang hal ini dan meminta netizen agar berhenti 'menyerang' pelakon Rita Rudaini di Instagram (IG) membabitkan kontroversi perkahwinannya.

JANGAN GANGGU RITA RUDAINI

Kata Izreen lagi, Rita Rudaini langsung tidak ada kena mengena dalam rumah tangganya dan berharap orang ramai tidak salah faham mengenai apa yang terjadi.

Ini komennya:

"Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

"Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau hater.

"Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini,"

TUTUP INSTAGRAM

Tentang laman IG miliknya yang telahpun ditutup, menurut Izreen, buat sementara waktu dia tetap dengan pendirian untuk tidak mengaktifkan semula Instagram miliknya.

"Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.

"Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan," katanya.


BUKAN DIBATALKAN TETAPI KONTRAK TAMAT

Berbicara tentang penamatan kontrak menjadi duta produk kecantikan, Izreen menjelaskan dia bukan digugurkan.

Sebenarnya, apa yang berlaku ialah kontraknya sudah tamat dan telah berakhir.

"Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

TAWARAN BERLAKON TIDAK PUTUS

Kata Izreen, rezekinya masih ada yang mana dia masih mendapat tawaran berlakon seperti biasa.

Ini jelasnya:

"Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.

"Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi. Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa,"

Itulah penjelasan dari Izreen Azminda tentang isu ini.

Harap selepas ini, orang diluar sana tidak terus menghentam Rita Rudaini tentang kontroversi yang seadng melanda Izreen.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan