"Inilah Penyejuk Hati, Anak Yang Melengkapkan Hidup Kami" - Siti Nurhaliza Tayang Wajah Anaknya

Share:
 
Seperti yang dijanjikan, pada hari ketujuh kelahiran anaknya, penyanyi tersohor iaitu Datuk Siti Nurhaliza akhirnya menunaikan janji dengan mendedahkan wajah anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Datuk Khalid.

Satu video telah dimuatnaik di laman media sosial Instagram milik Datuk Siti Nurhalizza kira-kira jam 6 petang sebentar tadi dengan mendedahkan wajah bayi comel itu.

Ternyata video itu menjadi viral sekelip mata.

Ini video wajah anak Siti Nurhaliza ini:



Ini caption dari Siti Nurhaliza:

"Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum,

"Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

"Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

"Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.

"InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. .
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.
#usia7hari #babyCTDK


Video ini semeamngnya ditunggu ramai terutama para peminatnya dan menajdi tular dengan mendapat tontonan view yang amat banyak.

Ini gambarnya:







Di ruangan komen begitu banyak ucapan tahniah dan rata-rata para peminat Datuk Siti Nurhaliza memuji kecomelan puteri sulung Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid itu.

Siti Nuhaliza dan anaknyatelahpun dibenarkan pulang ke ruamh beberapa hari yang lalu setelah menjalani pembedahan Caesarean Section yang dibuat di Hospital swasta Gleneagles, Kuala Lumpur.

Tahniah buat Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid di atas kurniaan anak yang comel ini.

Semoga bertambah bahagia dengan kehadiran anak comel ini. Kini ramai yang tak sabar menunggu nama anaknya itu.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza (CTDK)

Tiada ulasan