Intan Liana Kesian Melihat Ude Wahid Dikecam Teruk Masyarakat

Share:

Sebagai seorang wanita yang masih bergelar isteri, dapat dilihat Intan Liana, madu kepada Izreen Azminda masih lagi sayang dengan suaminya.

Malah, baru-baru ini, Intan Liana akui berasa kasihan apabila suaminya iaitu Ude Wahid telah menerima kecaman yang amat teruk dari masyarakat.

Isteri pertama Ude Wahid ini meluahkan rasa kasihan apabila memberi respon tentang ada laman page Facebook yang dibuat sehingga menjadi tempat mengehantam Ude Wahid.

Intan Liana berkata laman page di Facebook itu bukan lah dikawal olehnya.

Ini komen Intan Liana:

"Itu di luar kawalan dan saya sebenarnya tidak menyokong tindakan mereka kerana takut pihak sana menuduh saya melakukannya"

Laman page Facebook itu dibuat oleh seseorang untuk memberi sokongan kepadanya.

Namun ianya menjadi tempat para netizen mengecam Ude dan juga isteri keduanya, pelakon Izreen Azminda berikutan tindakan Ude yang mengambil keputusan meneruskan proses lafaz cerai terhadap Intan Liana di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah memfailkannya pada 30 November 2017.

Intan Liana berkata, walaupun hatinya terluka dengan tindakan Ude Wahid, dia tetap bersimpati dengan suaminya yang berterusan menerima kecaman masyarakat sejak enam hari lalu.

Ini komen Intan:

"Saya akui tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini. Perasaan kasihan tetap ada namun kecaman itu dibuat kerana tindakannya sendiri.

"Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude menyalahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit. Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media"

Dalam pada itu, Intan Liana kini mengakui sudah menerima tawaran menjadi duta kepada produk tudung.

Ini pendedahan Intan Liana:

"Dalam keadaan sekarang, saya memang berminat terima apa saja tawaran yang sesuai demi menyara dua anak iaitu Aris Muqri, 4 tahun, dan Ariq Muqri, setahun.

"Saya hanya akan bersetuju dengan produk memerlukan saya tampil, sopan dan tidak menimbulkan cemuhan masyarakat.

"Setakat ini, ada beberapa tawaran diajukan tetapi saya memang tidak pandai untuk bincang berkenaan harga. Segala-galanya diserahkan kepada kakak saya, Roza,"

Intan Liana sebelum ini pernah bekerja sebagai penari di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama sembilan tahun.

Dikatakan Intan Liana berhenti kerja sebaik sahaja berkawin dengan suaminya itu pada 1 Mac 2013.

Sumber:Harian Metro

Tiada ulasan