Intan Liana Seorang Yang Naif - Aliff Syukri

Share:
 
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat satu tindakan yang amat dipuji apabila mengambil Intan Liana menjadi duta produk tudungnya.

Datuk Aliff Syukri telah memberi peluang kepada Intan Liana untuk menjadi duta dan model tudungnya dengan kontrak 6 bulan dan dikatakan bayaran yang diberikan amat lumayan.

Malah, Aliff Syukri akui, jualan tudungnya meningkat setelah mengamil Intan Liana sebagai model dan duta.

Apabla mula mengenali Intan Liana, Aliff Syukri mengakui bekas madu kepada aktres Izreen Azminda, Intan Liana Saleh merupakan seorang wanita yang baik dan naif.

Ini komen dari Aliff Syukri tentang Intan Liana:

"Semenjak mengambilnya menjadi model jenama tudung Aliff by Sha, saya dan isteri, Datin Seri Nur Shahida ada duduk berbual dan mengenali Intan dengan lebih rapat.

"Sebagai pemilik jenama tudung, saya melihat Intan sebagai seorang wanita yang baik dan naif. Dia juga sangat tabah mengharungi ujian yang dihadapi.

"Saya enggan komen atau bercakap lebih-lebih mengenai kisah rumah tangga yang dihadapi oleh Intan. Saya tak mahu kacau kisah perkahwinan orang lain dan saya juga tak mahu menghakimi"


Intan kini dilantik menjadi model tudung milik Aliff, Aliff by Sha selama enam bulan.

Tambah Aliff, dia turut bersimpati dengan situasi yang dilalui oleh Intan dan berharap wanita itu dapat bangkit demi dua orang anak yang masih kecil.

Ini kata-kata Aliff Syukri lagi:

"Dia mempunyai aura yang kuat dan banyak potensi dalam diri. Tetapi, dia terlalu polos dan naif. Saya berharap dia dapat bangkit dalam menguatkan nama dan berusaha mencari rezeki yang lebih baik untuk anak-anak.

"Insya-Allah, ada sesuatu yang lebih besar yang menanti Intan disebalik ujian yang dihadapi oleh wanita itu"


Intan Liana kini sah bergelar ibu tunggal setelah bercerai dengan Ude Wahid yang juga suami kepada Izreen Azminda.

Ramai yang bersimpat dengan Intan Liana setelah apa yang berlaku kepadanya.

Sumber: Gempak.Com

Tiada ulasan