Isteri Datuk Aliff Syukri, Datin Shahida Jumpa Intan Liana.. Ada Apa Projek?

Share:
 
Kisah Intan Liana kini masih hangat dibacarakan orang ramai dan para netizen.

Ketabahan wanita ini dalam menghadapi dugaan serta cabaran yang melanda rumah tangganyamendapat tumpuan ramai.

Intan Liana dikatakan sudah tidak lagi bekerja setelah berkahwin dengan Ude Wahid.

Kini, wanita ini mula mendapat perhatian para pemilik produk untuk menawarkan Intan sebagai duta produk.

Ini sekaligus membuka ruang Intan Liana untuk meraih pendapatan bagi menanggung kedua-dua anaknya.

Semalam, isteri kepada pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida telah menarik perhatian para netizen di laman media sosial Instagram.

Ini apabila Datin Shahida telah memuatnaik foto bersama Intan Liana.

Dalam kesibukannya denagn aktiviti seharian, Datin Shahida telah meluangkan masa dan sempat berjumpa dengan Intan Liyana, madu kepada pelakon Izreen Azminda dan juga isteri pertama kepada pemuzik bebas, Ude Wahid.

Apa yang menarik perhatian, Shahida sempat memuji Intan yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi rumah tangga.

Ini tulis Datin Shahida;

"Alhamdulillah berkesempatan jumpa Intan Liana yang sangat positif… Sebaik-baik wanita dia ni"

Perkongsian ini dimuatnaik oleh Datin Shahida atau nama penuhnya, Nur Shahida Mohd Rashid pada 5 Mac 2018 sekitar jam 7:23 petang.

Gambar ini telah membuatkan ramai tertanya-tanya adakah Shahida atau Abang Terlajak Laris mempunyai apa-apa projek terbaru bersama Intan Liana.


Kalau betul ada projek baru, memang murah rezeki Intan Liana. Bukan calang-calang dapat bekerjasa dengan Aliff Syukri atau pun Datin Shahida.

Di ruangan komen, rata-rata berterima kasih dan gembira apabila Datin Shahida telah berjumpa dengan Intan Liana.

Para followernya berterima kasih kepada Shahida kerana begitu prihatin dengan keadaan Intan dan segera mendekatinya untuk memberi semangat.

Semoga segalanya baik-baik sahaja.

Sumber: Media Hiburan / IG Datin Shahida

Tiada ulasan