Isteri Datuk Jamal Abdillah Kena Halau

Share:


Datuk Jamal Abdillah boleh dikatakan salah seorang penyanyi legend di Malaysia.

Banyak lagunya yang meletup, antaranya ialah Azura, Kekasih Awal Dan Akhir,Sepi Seorang Perindu,Seroja, Gadis Melayu, Sandarkan Pada Kenangan dan Penghujung Rindu.

DatukJamal Abdillah juga pernah menjadi juara dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu berduet bersama Datuk M. Nasir menerusi lagu Ghazal Untuk Rabiah.

Dalam perkembangan terkini Datuk Jamal Abdillah, penyanyi berumur 59 tahun ini baru berkahwin dengan seorang gadis jelita yang berumur 24 tahun bernama Zai Izzati.

Perkahwinan pasangan ini telah berlangsung pada April tahun lepas, tahun 2017.

Apabila seseorang individu itu berkahwin dengan seorang artis maka dirinya juga akan mendapat tempias populariti daripada pasangannya itu.

Kadang kala ada segelintir para peminat yang terlalu obses dengan artis kesayangan mereka sehingga mereka terlupa yang artis itu sudah berkahwin.

Zai Izzati Khiruddin baru-baru ini berkongsi pengalamannya di mana dia pernah dihalau oleh peminat kerana mereka mahu bergambar dengan suaminya.

Namun begitu, Zai Izzati tidak cepat melatah dan terasa hati dengan kelakuan peminat suaminya terhadap dirinya.

Ini perkongsian Zai Izzati:

"Saya pernah kena halau dengan peminat dan mereka cakap, saya tak nak bergambar dengan awak, saya nak bergambar dengan suami awak sahaja"

"Saya tak simpan apa-apa dalam hati dan saya faham. Bagi saya di luar rumah dia milik masyarakat tapi bila di rumah dia milik saya".

Dalam pada itu, Jamal Abdillah berkata dia amat bersyukur kerana di usianya yang sebegini dia dikurniakan seorang isteri seperti Zai Izzati.

Ini komen Jamal Abdillah:

"Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh"

Datuk Jamal Abdillah juga berkata sifat lemah lembut yang ada pada Zai Izzati membuatkan dia tertarik dan jatuh hati pada isterinya malah dia juga turut memberitahu bahawa anak-anaknya juga turut sayang dengan ibu tiri mereka ini.

Zai Izzati telah tampil di satu sidang media bersama Datuk Jamal Abdillah untuk mengumumkan persembahan istimewa daripada Jamal dan Dayang Nurfaizah pada 25 April nanti di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

Sumber: Media Hiburan

Tiada ulasan