"Jangan Hisap Dadah, Nanti Jadi Bodoh.. Viralkan Ini, Ini Kebenaran!" - Taj Innuendo

Share:

Sebelum ini, Datuk Farid Kamil ada menyatakan bahawa dia bertindak di luar kawalan sehingga mengamuk di balai polsi adalah kerana perbuatan khianat.

Pelakon dan pengarah ini memberitahu, ada 3 individu yang telah meletakkan bahan terlarang yang diambil oleh Farid Kamil.

Salah seorangnya ialah penyanyi dari Innuendo iaitu Taj. Namun akhirnya, Taj terbukti bukan individu yang membuat khianat terhadap Datuk Farid Kamil.

Melalui laman Facebook miliknya, Taj Inneundo atau Taj Addin ada meluahkan rasa hatinya.

Ini tulis Taj Innuendo:

"Pendeta Za’ba pernah berkata: Perangai bergantung kepada diri sendiri.

"Saya dituduh melakukan sesuatu yang mustahil saya lakukan kerana saya tiada di tempat kejadian. Kami tidak pernah bertemu. Beliau bukanlah seorang kawan, malah kami juga bukan kenalan.

"Yang sebetulnya terbongkar di sini bukanlah penglibatan saya, tetapi keperibadian beliau sendiri. Bagaimana kita mahu mempercayai seseorang yang daya ingatannya sendiri diragui?

"Saya ulangi, perangai bergantung kepada diri sendiri. Saya rasa sudah tiba masanya untuk beliau menjadi seorang lelaki dan menanggung natijah dari pilihannya.

"Jika namanya Lelaki, kata-katanya yang harus dipegang. Jika kata-katanya tidak boleh dipercayai, apatah lagi peribadinya?

"Seorang lelaki itu dinilai atas dua perkara yang utama. Yang pertama, kata-katanya. Dan yang kedua, keluarganya. Mari kita renungkan kedudukan beliau dalam kedua-dua hal itu.

"Kepada ahli keluarga dan para sahabat yang turut terkesan akibat dari peristiwa ini, saya mohon agar dimaafkan beliau atas keterlanjurannya. Usahlah dicerca seseorang yang sudah sediakala mencela dirinya. Manusia mempunyai berbagai ragam dan kemampuan akal yang juga pelbagai.

"In truth, this whole episode reads like a very bad script.

"Akhirkata, saya ingin menyampaikan sepotong wasiat kepada generasi anak-anak kita: Jangan hisap dadah, nanti jadi bodoh.

"Ingatlah, perangai bergantung kepada diri sendiri.

"Wal'afwu minkum wassalāmu' alaikum warahmatullāhi wa barakātuh

"P/S:- viral this, at least it’s the truth.

Itulah luahan dari Taj yang tidak semena-mena dituduh melakukan sesuatu yang tidak dibuatnya.

Taj kini disahkan langsung tidak terlibat dalam kes berkenaan.

Datuk Farid Kamil telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat laporan polis palsu beberapa hari lepas.

Sebelum ini, pada 16 Januari, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Sumber: BeautifulNara / FB Taj

Tiada ulasan