"Jangan Kait Hal Kerja Dulu Dengan Ude" - Penjelasan Intan Liana

Share:
 
Sebelum ini menerusi laporan Sinar, penyanyi yang juga kenalan kepada Intan Liana iaitu Ani mayuni ada memuatnaik status di laman Instagram miliknya berkaitan isu yang berlaku kepada Intan Liana.

Ani Mayuni yang sudah kenal dengan Intan liana dan juga Ude Wahid, ada menyatakan bahawa sebelum mereka berkahwin Intan Liana sebenarnya mempunyai pekerjaan.

Sebaik sahaja mereka berdua berkahwin, dikatakan Ude Wahid tidak mengizinkan Intan Liana berkerja.

Isu ini hangat juga diperkatakan para netizen.

Sebentar tadi, Intan Liana ada memuatnaik satu caption berkaitan hal ini.

Intan Liana menerangkan bahawa kisah berkaitan kerja ini merupakan satu hal yang sangat peribadi dan tidak mahu ianya dikaitkan dengan suaminya.

Ini tulis Intan Liana di laman media Instagramnya sebentar tadi.

Jom baca:

"Sorry, Intan harap jangan kaitkan isu pasal kerja dalam kes Intan dan Ude.. Perkara itu adalah perbincangan atau persetujuan kami suami isteri"

"Intan tak nak hal ini diperbesarkan, sangat peribadi antara Intan dan suami"

"Harap maaf, soal kerja Intan dulu tiada kaitan dengan Ude"

Itulah penjelasan dari pihak Intan Liana tentang hal ini di laman media sosial miliknya sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Di laman IG Intan Liana, rata-rata para followernya memberi sokongan penuh kepada Intan dan mahu wanita ini terus bangkit menjalani kehidupan.

Sebenarnya memang perkara ini normal sahaja di kalangan masyarakat kita. Memang ada isteri yang berhenti kerja selepas kahwin untuk memberi fokus sepenuhnya kepada perkahwinan, keluarga dan anak-anak.

Ude Wahid yang merupakan seorang pemuzik dan Intan Liana telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan setahun.

Sumber: IG Intan Liana

Tiada ulasan