Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Jangan Paksa Saya Ambil Tindakan" - Syamsul Yusof Mengamuk!

Share:
 
Pelakon, pengarah dan penyanyi popular tanah air, Syamsul Yusof mengamuk apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun Facebook palsu yang terang-terangan menggunakan namanya bagi membuat kenyataan berhubung hal berkaitan politik.

Syamsul Yusof membuat kenyataan menerusi Instagramnya meminta agar peminat tidak mudah percaya dengan fitnah yang mengaitkan namanya dengan isu politik kerana ia sama sekali tidak benar.

Jelasnya lagi, ia bukan kali pertama ada pihak yang menggunakan namanya bagi tujuan tertentu di laman sosial itu.

Dalam pada itu, Syamsul berkata dia tidak mempunyai sebarang akaun Facebook peribadi sebaliknya hanya memiliki akaun peminat yang diuruskan oleh orang lain.

Sementara itu, Syamsul berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya isu ini berterusan.

Ini penjelasan dari Syamsul Yusof:

"Sekali lagi nama saya disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Facebook. Sebelum ini pun dah banyak kali dah, kali ini guna akaun palsu atas nama saya untuk buat kenyataan politik pula.

"Anda jangan mudah percaya dengan fitnah yang mengaitkan nama saya ni dalam isu politik atau apa sahaja. Jangan mudah percaya sebab ramai buat akaun palsu Syamsul Yusof.

"Saya tiada langsung akaun Facebook peribadi. Saya cuma ada Facebook untuk peminat sahaja. Itu pun admin yang jaga. Jadi berhati-hati selepas ini,"

"Jangan paksa saya untuk ambil tindakan undang-undang. Berhenti menyamar, salah guna nama saya di media sosial,"


Itulah luahan perasaan oleh Syamsul Yusof apabila ada pihak menyamar menajdi dirinya dan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

Syamsul Yusof yang juga suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana sedang sibuk dengan filem terbarunya KL Special Force yang mengutip jumlah memberangsangkan.

Syamsul Yusof juga tampil dengan lagu baru bersama Black Hanifah berjudul Selamat Tinggal Masa merupakan lagu runut (OST) untuk KL Special Force. Tahniah Syamsul Yusof!

Sumber: IG Syamsul Yusof

No comments