"Kahwin dua atau tiga ini memang dah tertulis. Semua ditangan tuhan" - Elyana

Share:
 
Nama Penyanyi Elyana kembali meniti di bibir para peminat industri hiburan tanah air apabila menyertai pertandingan Gegar Vaganza.

Apatah lagi Elyana mengumumkan sedang bertarung dengan penyakit kanser limpoma tahap empat yang di hidapinya ketika ini.

Selepas itu, Elyana terus menjadi tumpuan orang ramai dan penyanyi ini kerap membuat video live untuk melayan para peminatnya.

Baru-baru ini, Elyana ada memberi pendapat tentang isu kahwin lebih dari satu.

Penyanyi ini berpendapat soal jodoh merupakan sebahagian ketentuan dan takdir daripada Allah SWT yang tidak diketahui oleh mana-mana manusia.

Menerusi laporan mStar, kata Elyana, hal berkaitan jodoh sudah tertulis dalam hidup setiap manusia dan tiada siapa yang mampu menolaknya.

Ini komen Elyana di siaran langsung di Intagram:

"Soal isu kahwin dua atau tiga ini memang dah tertulis. Sejak azali tentang pertemuan, rezeki semua ditangan tuhan. Kita manusia biasa tak boleh nak menidakkan jodoh walaupun mungkin kadang-kadang individu itu ada kesalahan.

"Kita nak marah, marahlah! tapi kita tak tahu situasi orang. Kita doakan yang baik-baik saja sebab kita pun tak tahu nasib kita,"


Sementara itu, penyanyi lagu Kalis Rindu dan Tak Tercapai Akalmu ini berharap orang ramai terutama para netizen haru mengawal emosi dan tidak memboikot individu yang terbabit dengan isu poligami itu.

Ini komen Elyana lagi:

"Kalau ikutkan isu begini memang rasa sakit hati dan nak marah tapi rasanya tak perlu sampai nak boikot begitu.

"Kalau kita bertindak kejam macam tu, kita pun tak ada beza dengan yang lain. Apa yang penting kita doa yang baik dan Insya-Allah hidup kita aman dan harmoni,"



Tanpa menyebut nama mana-mana individu, Elyana menjawab persoalan seorang pengikut yang meninggalkan komen bertanyakan mengenai istilah 'menumpang kasih'.

Pertanyaan para follower Elyana itu dilihat seolah-olah ditujukan kepada pelakon Izreen Azminda yang diketahui sedang berdepan dengan situasi kehidupan berpoligami.

Sumber: mStar

Tiada ulasan