Kahwin Dulu, Jangan Sibuk Anak Dara Orang.. Zizan Kena Sembur

Share:
 
Beberapa hari yang lalu, Fattah Amin dan Fazura telah mengadakan majlis resepsinya disebuah hotel terkemuka.

Nampaknya, kehangatan majlis resepsi pasangan paling popular di Malaysia itu masih lagi belum tidak reda.

Rata-rata masih bercerita tentangnya, termasuklah dari kalangan selebriti tempatan.


Di majlis itu, memang ramai para selebriti yang menghadirkan diri ke majlis wedding of the year ini.

Sorang demi sorang memberi pujian terhadap kedua mempelai ini.

Namun, secara tiba-tiba nama pelawak dan pengacar popular, Zizan Razak menjadi tumpuan ramai.

Ini ekoran satu topik yang ditimbulkan oleh pelakon Polis Evo ini.

Antara perbualan yang hangat diperkatakan oleh Zizan ialah apakah pemilihan nama anak kepada Fattah Amin dan Fazura kelak.

Sudah tentunya ramai yang sudah memikirkan apa agak nama anak-anak pasangan tersebut kelak.

Zizan Razak telah mengutarakan persoalan tersebut di laman Twitter miliknya.

Ini pertanyaa dari Zizan Razak:

"Selepas pulang dari wedding Fattzura tiba-tiba tertanya apa nama anak mereka? Kalau lelaki apa? Kalau perempuan apa? Guys, ada idea?

Apabila Zizan Razak bertanya sedemikian, pelbagai respon dari para netizen yang diberikan.

Yang paling menarik perhatian ialah apabila ada follower Zizan Razak yang menyuruh pelawak ini menamatkan zaman bujangnya dahulu daripada sibuk memikirkan nama anak orang lain.

Ini komen individu berkenaan:

"Kahwin dulu, sibuk anak dara orang.."

"Biarlah dorang pilih nama anak sendiri, anak dorang kan.. haha"

Namun sebenarnya, mungkin individu tersebut hanya ingin bergurau dengan Zizan Razak memang terkenal dengan sikapnya yang suka mengusik.

Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan respon pada soalan Zizan Razak itu dengan memberi cadangan beberapa nama.

Ada yang bergurai dan memberikan nama-nama yang lawak dan ada juga nama yang sedap.

Sumber: Twitter Zizan Razak

Tiada ulasan