Kalau Bagi Statement, Tak Payah Perli-Perli, Itu Namanya Bodoh! - Rita Rudaini

Share:

Sebelum ini Rita Rudaini melalui rancangan hiburan Melodi di TV3 ada meluahkan rasa hatinya yang terasa dengan rakan nya Izreen Azminda.

Ini ekoran Rita Rudaini juga terpalit apabila dikecam orang ramai yang ingin mengecam Izreen Azminda.

Apabila Izreen Azminda menutup / menyah-aktifkan akaun Instagram miliknya, para haters Izreen beralih kepada laman IG milik Rita Rudaini.

 Ini membuatkan Rita Rudaini kurang senang dengan situasi ini memandangkan Rita sendiri berkata dia ada memberi nasihat kepada Izreen Azminda tentang akibat yang akan berlaku sekiranya berkahwin sebagai isteri nombor dua.

Tidak lama selepas Rita Rudaini membuat kenyataan di Melodi, Izreen Azminda ada memberitahu orang ramai supaya jangan menggangu Rita Rudaini kerana dia langsung tidak terbabit.

RITA RUDAINI SEKALI LAGI LUAH RASA BERANG

Kemudiannya, pada hari Isnin, Rita Rudaini dilihat sekali lagi meluahkan rasa isi hatinya yang tidak berpuas hati dengan seseorang.

Ini komen Rita Rudaini di laman IG:

"Kalau dah bagi statement, tak payah lah nak perli-perli, itu namanya stupid!"

"Kalau hati tak berapa nak elok... macam tu lah... dah perli pastu off komen macam lempar taik sembunyi tangan... sama jer.. patut dari mula bukan semalam, selepas sis naik hantu! Tu pun di suruh ke caner tu... lain kali jangan bagi sis BERSUARA! Don't try me

"Hidup ni memang kena biar orang buat sesuka hati ke caner? bila bersuara, cakap mulut lantang.. bila diam pijak kepala..

Komen dan luahan Rita Rudaini ini nampaknya mencuri perhatian ramai.

Kepada siapakah luahan Rita ini ditujukan?

KELAB PEMINAT BERI KOMEN

Ada mengatakan lauahan Rita Rudaini ini dibuat kepada Kelab Peminat Izreen Azminda (@izreenazmindafc).

Ini selepas admin IG @izreenazmindafc sendiri telah memberi komen di laman IG Rita Rudaini.

Ini tulisnya: "Kami dah buka komen sis, sis nak mai komen ka?"

Sebenarnya sebelum itu, melalui InstaStory di laman Ig @izreenazmindafc, pihak admin berkenaan ada memuatnaik beberapa status iaitu:

"Kawan baik tak akan buka aib kawan dia, dont play save"

"Attention seeker"



Sehingga kini masih belum dapat dipastikan adakah Rita Rudaini menulsi luahan rasa tak puas hatinya kepada admin Kelab Peminat Izreen Azminda itu.

Apa pun sehingga kini Izreen Azminda masih belum lagi mengaktifkan kembali akaun Instagram miliknya.

Kata Izreen, dia akan menutup akaun Ig miliknya sehinggalah perkara ini akan redha.

Sumber: IG Rita Rudaini / IG Kelab Peminat Izreen

Tiada ulasan