Keadaan Terkini Elyana, Urat Kaki Rasa Terbakar, Hanya Terbaring Tak Boleh Bergerak

Share:
 
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu dan Tak Tercapai Akalmu iaitu Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma tahap empat.

Ini merupakan perkembangan terkini Elyana, 31 tahun, tentang keadaan terkini dirinya dalam melawan penyakit ini.

Elyana mengatakan dia mengalami kekejangan di bahagian kaki kiri sehingga menyebabkan sukar untuknya berjalan dan hanya terbaring sahaja di rumahnya.

Menerusi satu laporan dari portal mStar, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata dia mengalami kesakitan tersebut akibat rawatan kimoterapi sebelum ini.

Ini pendedahan adri Elyana:

"Kalau nak tahu, saya dekat rumah tidak gembira seperti yang anda lihat di laman sosial tapi yang sebenarnya saya hanya terbaring, tak boleh bergerak langsung.

"Urat kaki belah kiri sakit. Kejang, tak boleh jalan. Tidur sakit, berjaga sakit, berdiri sakit. Tak tahu macam mana, sampai doktor tak tahu buat apa.

"Saya pernah buat kimoterapi sebab itu urat-urat rasa terbakar. Saluran pendarahan tu dah tak lancar macam biasa,"


Elyana memberitahu dia telahpun berhenti menjalani rawatan kimoterapi sejak tahun lalu.

Kali terakhir Elyana menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kansert limfoma pada Julai tahun lalu namun hanya satu kali rawatan sahaja.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan berhenti melakukan rawatan tersebut buat sementara waktu dengan mencuba perubatan cara berlainan iaitu akupuntur.

Kata Elyana lagi, dia akan membuat persiapan awal sekiranya ada job yang diterimanya.

Ini komen Elyana lagi:

"Buat masa ini, saya berhenti lakukan kimoterapi dan saya ada cuba berubat cara akupuntur. Kalau nak kerja, saya kena buat persiapan awal seminggu.

"Kena makan ubat dan rehat secukupnya. Barulah saya boleh kerja kalau tak susah,".


"Saya tak nak tunjuk dekat orang saya tengah sedih. Tapi itu sahaja cara saya boleh bagitahu peminat bila mereka tanya kenapa saya diam.

"Salah satu sebab saya beritahu penyakit ini sebab saya harapkan doa orang ramai,"


Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu.

Dugaan demi dugaan terpaksa diterimanya apbila disahkan hamil namun Elyana akui terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru berusia dua bulan pada 7 Mac lalu atas faktor kesihatan.

Penyanyi ini kini sedang mengambil ubat untuk penyakitnya dan pengambilan ubat itu ada kesannya kepada bayi yang dikandung.

Semoga Elyana terus kuat hadapi dugaan ini.

Sumber: mStar

Tiada ulasan