Kecoh Apabila Ziana Zain Menangis Atas Pentas Ketika Buat Persembahan Semalam...

Share:
 
Penyanyi popular,Ziana Zain tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan air mata ketika mempersembahkan lagu Puncak Kasih di Malam Anugerah Mood Republik di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur semalam.

Keadaan terus menjadi pilu seketika, kemudian para tetamu yang hadir melontarkan kata-kata semangat kepada penyanyi tersebut.

Ziana Zain kemudian berkata kepada para peminatnya bahawa dia seorang wanita yang kuat untuk menghadapi ujian hidup itu.

Katanya lagi, dia perlu meneruskan kerjaya seni meskipun berdepan dengan situasi yang amat mencabar ketika ini.


Ini ucapan Ziana Zain setelah mengalirkan air mata:

"Saya kuat dan terima kasih atas sokongan semua.

"Bukan senang menjadi seorang public figure. Walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan," 


"I’m strong. Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ dan teruskan kerjaya"

Ketika persembahan awal pagi tadi, Ziana Zain telah terdiam seketika membuatkan suasana jadi hening dan penonton jelas mengerti apa yang sedang bermain di fikirannya.

Ziana Zain secara tiba-tiba menitiskan air mata sambil ditenangkan ramai. Kesedihannya jelas terserlah sewaktu menyanyikan lagu popularnya Puncak Kasih.

Saat itu, dia tidak dapat meneruskan nyanyian dan membiarkan muzik terpasang. Penonton berusaha membantunya menyanyikan lagu berkenaan.

Sejurus selesai persembahan, Ziana bergegas meninggalkan majlis tersebut mungkin kerana enggan didekati pihak media. 

Terdahulu, Ziana meminta diberikan ruang untuk memberi sebarang kenyataan berhubung tuduhan ke atas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Armin didakwa pada 6 Mac lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, suami Ziana Zain itu mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.

Sumber: Harian Metro / mStar

Tiada ulasan