"Kepala Dihantuk Ke Dinding" - Zulin Aziz Kena Dera Dengan Pembantu Rumah

Share:
 
Di negara ini, ada beberapa kisah yang melibatkan kes dera pembantu rumah.

Terkesan dengan berita tentang seorang pembantu rumah yang menjadi mangsa dera majikan, Zulin Aziz pula tampil berkongsi kisah dia pernah menjadi mangsa dera.

Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz akui telah didera oleh pembantu rumahnya sendiri sewaktu dirinya masih lagi kecil.

Mendedahkan perkara itu di Twitter miliknya pada Isnin, Zulin Aziz memberitahu banyak kali kejadian dia didera seperti kepalanya dihentak ke dinding dan dipukul menggunakan penyapu.

Walaubagaimanapun, apabila keluarganya mengetahui hal itu, meraka hanya bertindak menghalau pembantu rumah berkenaan.

Ini komen Zulin Aziz:

"Kejamnya majikan dera amah ni... macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam tu kau pukul. Manalah hati dia ketika itu.

"Dulu masa kecil aku mangsa dera. Didera amah sampai satu hari jiran sebelah rumah mengadu kepada arwah bapa.

"Bayangkan kepala aku dihantuk-hantuk ke dinding, kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air... aku masih ingat lagi. Tapi arwah abah cuma halau dia keluar dari rumah,"


Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia pernah mengadu tentang perbuatan amah tersebut namun tiada siapa mempercayainya kerana wanita itu bersikap talam dua muka apabila berhadapan dengan orang lain dan keluarganya.

Kata Zulin, dia bernasib baik apabila jirannya menjadi saksi dia menjadi mangsa dera pembantu rumahnya dan menyifatkan ia kejadian ngeri dalam hidupnya.

Ini komennya lagi:

"Aku mengadu seorang pun tak percaya sebab bibik bukan main baik depan mereka. Jiran aku selalu nampak dan dengar aku kena 'bantai'. Terima kasih jiran, walaupun wajah kau tak aku ingat tapi aku nak terima kasih sangat.

"Bila ingat balik Ya Allah, takutnya keadaan aku ketika itu. Mak ayah sibuk kerja, sering ke luar kawasan. Ish, tak mahu ingatlah. Tutup cerita,"


Inilah perkongsian dari Zulin Aziz yang didera oleh pembantu rumahnya ketika kecil.

Kasihan juga nasib yang menimpa Zulin Aziz ini. Nasibnya baik kerana ada jiran yang prihatin.

Sumber: Laman Media Sosial Zulin Aziz

Tiada ulasan