"Kepercayaan terhadap cinta semakin pudar" - Hans Isaac Masih Terluka Putus Tunang

Share:

Pelakon dan penerbit filem popular, Datuk Hans Isaac telah pun putus tunang dengan wanita bernama Gabriella Robinson.

Hans Isaac mengaku bahawa dia belum mampu melupakan insiden putus tunang walaupun sudah lebih lima bulan peristiwa itu berlaku.

Kata Datuk Hans Isaac dirinya bukan tidak boleh menerima takdir, tetapi kekecewaan dalam diri gagal dikikis berikutan beliau meletakkan sepenuh jiwa dan raganya terhadap perhubungan itu.

Ini komen Hans Isaac tentang bertapa terlukanya hatinya kerana putus tunang:

"Saya belum dapat melupakan peristiwa itu dan sakitnya juga masih dirasa. Mungkin tiga tahun lagi baru saya dapat melupakannya. Jujurnya, hati saya masih terluka dengan apa yang berlaku.

"Saya sudah meletakkan komitmen sepenuhnya selain membuka hati ini, tetapi kalau pihak di sana tidak memberikan sesuatu yang sama, tiada gunanya juga," 

Untuk mengalih perhatiannya daripada mengenang apa yang berlaku, Hans Isaac menyatakan, beliau memilih untuk melancong dan menghabiskan masa di gimnasium.

Ini jelasnya lagi:

"Sepanjang tempoh itu, saya juga enggan bertemu dengan sesiapa dan lebih senang meluangkan masa untuk diri sendiri,"

Ditanya apakah beliau serik untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita selepas ini, aktor tinggi lampai itu berkata, amat sukar untuknya jatuh cinta sekali lagi.

Ini respon Datuk Hans Isaac:

"Kalau berkawan tanpa sebarang ikatan cinta, mungkin boleh. Saya memang tak bersedia untuk mempunyai hubungan serius.

"Kepercayaan saya terhadap cinta itu juga semakin pudar. Saya memang patah hati sebenarnya,"

Datuk Hans Isaac berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Lawak Ke Der 2018 di Istana Budaya.

Pada 28 Februari 2017, Datuk Hans Isaac telah membuat pengumuman bertunang dengan model, Gabriella Robinson.

Pasangan ini telah merancang untuk berkahwin pada 29 Julai.

Bagaimanapun, perancangan itu ditunda kepada satu tarikh yang belum ditetapkan sebelum Hans akhirnya mengesahkan hubungan dengan wanita itu sudah berakhir.

Sumber: BH

Tiada ulasan