Home Top Ad

Responsive Ads Here

KOLEKSI FOTO: Sekitar Majlis Pernikahan Mengejut Pelakon Cristina Suzanne.. TAHNIAH!

Share:

Pelakon yang popular menerusi filem KIL, Cristina Suzzane mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan sudah bernikah pada hari Sabtu (31 Mac 2018).

Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 33 tahun, berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya semalam.

Pelakon wanita itu memuat naik sekeping foto pernikahan dengan lelaki yang dikenali sebagai M Faiz Zakaria.

Dikatakan suami kepada Cristina Suzanne ini berasal dari negeri selatan, Johor.

Ini fotonya:


Di ruangan komen foto tersebut, para peminat dan follower Cristina Suzanne menulis ucapan tahniah kepada nya.

Dapat dilihat juga ada beberapa rakan artis antaranya Nadia Brian, Thanuja dan Deanna Yusoff yang turut memberi ucapan tahniah kepada Cristina Suzanne.

Dari perkongsian laman Instagram pemilik akaun bernama Siti Faiza Amira, majlis berinai pasangan itu telah diadakan pada Jumaat lalu manakala majlis akad nikah pula berlangsung pada Sabtu.

Akaun IG Siti Faiza itu turut memuat naik foto-foto ketika dua majlis itu berlangsung.




Sewaktu majlis berinai, Cristina kelihatan cantik memakai persalinan berwarna merah manakala jejaka berkenaan memakai kemeja.

Ketika bernikah pula, Cristina Suzanne dilihat memakai persalinan serba putih sedondon dengan pengantin lelaki.

Ternyata pernikahan Cristina Suzanne ini mengejutkan para netizen terutama peminat setia Cristina.

Walaupun terkejut dengan berita ini, orang ramai mengucapkan tahniah kepada Cristina dan mendoakan bahagia bersama suami tersayang.

Untuk pengetahuan, Cristina Suzanne merupakan seorang pramugari sebelum menceburi bidang lakonan.

Nama Cristina mula menjadi sebutan setelah menyertai rancangan realiti TV, Pilih Kasih, yang mana bakat lakonannya mula terserlah.

Antara filem lakonan Cristina Suzanee selain KIL ialah CEO, Sejoli: Misi Cantas Cinta, Jwanita dan yang terbaru filem Surf This Love.

Tahnaih diucapkan kepada Critona Suzanne di atas pernikahan ini. Semoga bahagia dan selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Sumber: IG Critina Suzanne /  IG Siti Faiza

No comments