Home Top Ad

Responsive Ads Here

Kontrak Duta Jutaan Ringgit Menanti Siti Aafiyah, Anak Siti Nurhaliza

Share:


Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Nurhaliza Taruddin akhirnya dikurniakan anugerah paling terindah buat dirinya apabila selamat menimang cahaya mata pertama sejak berkahwin dengan suaminya tercinta iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Minggu lalu, memang penuh berita tentang puteri sulung Siti Nurhaliza ini.

Menerusi satu majlis yang diadakan pada hari Ahad lepas, anak perempuan Siti Nurhaliza ini diberi nama sebegai Siti Aafiyah, satu nama yang penuh bermakna.

Dalam satu laporan portal "Hijab And Heels", Siti Aafiyah telahpun menerima tawaran dari beberapa syarikat untuk menjadikannya duta produk.

Ini tulis portal Hijab And Heels:

"Berita lebih mengujakan daripada sebuah kunjungan, Siti dan anaknya didatangi dengan kontrak jutaan ringgit oleh beberapa produk terkemuka yang ingin melamar mereka berdua. Rezeki sangat, penantian berbaloi buat Diva Pop negara itu selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa.

"Difahamkan Siti dan anaknya menerima lebih daripada 3 tawaran menjadi duta kepada jenama penjagaan bayi selain produk slimming. Bagaimanapun jenama produk tidak dapat didedahkan selagi Siti tidak memberi kata putus, sama ada bersetuju mahupun tidak."


Tahniah buat Siti Nurhaliza dan juga anaknya yang bakal menerima rezeki melimpah ruah. Inilah yang dinamakan rezeki anak.

Ketika ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjalani proses berpantang di rumahnya dijaga oleh ibu dan juga ibu mertuanya.

Malah, Siti Nurhaliza juga telah mendapatkan khidmat dari 'Natalis' untuk menjaganya ketika berpantang.

 Semakin hari Siti nampak bertenaga dengan pengambilan multi vitamin selain makanan berpantang dijaga dengan baik oleh Natalis.

Diimbas semula, penyanyi lagu Cindai dan Jerat Percintaan ini melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan Caserean Section di pusat perubatan Gleneagles di ibu negara pada 19 Mac lalu.

Datuk Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza akhirnya memuatnaik foto Siti Aafiyah pada hari ke-7 kelahirannya. Para peminat Siti Nurhaliza ternyata teruja dengan wajah Siti Aafiyah yang amat comel itu.

Sumber: Hijab And Heels

No comments