"Lagi Kena Kecam, Lagi Saya Nak Buat Lagu" - Penyanyi Baru, Neera Azizi

Share:

Masih lagi terngiang-ngiang suara seorang penyanyi baru bernama Neera Azizi yang menjadi viral baru-baru ini.

Ianya menjadi bualan ramai apabila nyanyian secara langsung penyanyi itu dikatakan telah 'kelaut' dan 'tidak sedap' didengari.

Persembahan nyanyiannya di  Malaysia Hari Ini (MHI) minggu lalu,  mendapat kecaman hebat sehingga ada yang memberi komen sinis bahawa para pendengar akan kemurungan selepas mendengar nyanyiannya.

Ada juga yang memberi komen supaya Neera Azizi melupakan bidang nyanyian.

Walaupun dikritik hebat, namun Neera yang juga seorang pelakon, telah menepis kontroversi yang melanda dirinya dengan cukup tenang dan cukup berkeyakinan.

Malah Neera lebih bersemangat untuk membuat lagu baru apabila dikecam.

Ini komen Neera tentang hal ini:

"Sebenarnya semakin dikecam, semakin saya bersemangat untuk menghasilkan single baharu. Lagi pun, orang yang mengutuk itulah yang nak tengok video saya di YouTube atau ikuti Instagram saya,"

Neera juga tidak akan putus asa dan menganggap kritikan orang ramai terhadap mutu nyanyiannya ketika muncul dalam MHI sebagai pemangkin untuk membuktikan kesungguhannya dalam duani lakonan.

Ini penjelasan Neera:

"Sebagai anak seni, tiada istilah cepat berputus asa biarpun dirinya berdepan komen melampau netizen, sebaliknya kini sudah bersedia memasuki kelas vokal sebagai persediaan merakamkan single baharu.

"Ada yang tahu mengecam saja tanpa mengetahui (hakikat) di sebalik setiap perkara. Namun, ia tidak menjadi kudis dan paling penting, saya melihat setiap komen dari sudut positif dan akan berusaha memperbaiki kelemahan diri,"


Kata Neera, sebelum dia merakamkan single berjudul Rasa Hati itu, dia telah pun mengikuti kelas  vokal.

Malah dia akan mempertajamkan lagi kebolehan lenggok suara di bawah bimbingan guru berpengalaman.

Neera juga melihat kritikan terhadapnya sebagai hikmah apabila semakin ramai menyedari kehadirannya dalam industri hiburan.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan