Lambat 30 Minit Pun, Fasha Sandha Dah Marah

Share:
 
Semua mengenali Fasha Sandha sebagai seorang yang amat bersungguh-sungguh di set penggambaran.

Fasha Sandha dikenali ramai sebagai seorang pelakon yang cukup sinonim dengan tahap disiplin dan ketepatan masanya setiap kali di set penggambaran.

Oleh itu, demi tidak mahu merosakkan reputasi kakaknya, Elisya Sandha cukup berhati-hati tentang perkara ini apabila dia bergelar pelakon.

Adik Fasha yang juga pelakon muda berusia 19 tahun ini berkata, sebagai pendatang baru sudah tentunya dia cuba memberikan yang terbaik dalam seni. Bukan sahaja terhadap kualitinya dalam lakonan, tetapi juga aspek lain.

Ini komen Elisya Sandha:

"Jujurnya saya sering ikut kakak di lokasi. Sebab itu jugalah saya minat untuk cuba nasib jadi pelakon. Sepanjang pengalaman dan perhatian saya, apa yang dipelajari darinya ialah menepati masa dan disiplin setiap kali berada di set penggambaran. Itu yang saya tahu mengenainya sejak dulu. Apa benda yang dibuat, esoknya mesti sampai on time.

"Malah saya lambat 30 minit untuk makan malam pun, Fasha dah marah. Suatu hari kami ada makan-makan dengan keluarga dan saya sampai lambat kerana ada hal yang perlu dibereskan. Sampai saja, Fasha cakap sepatutnya datang jam 8.00 malam, kenapa sampai 8.30? Jadi daripada situ saya cuba belajar untuk punctual. Saya pun masih baru dan tentunya saya pun kena jaga nama baiknya juga"

Itulah kehebatan Fasha Sandha dalam sikapnya yang amat tepati masa seperti yang didedahkan oleh adiknya, Elisya Sandha.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya pula, Elisya Sandha kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 26 episod, Mimpi Yang Sempurna di samping Tiz Zaqyah untuk siaran RTM.

Ini perkongsian dari Elisya Sandha:

"Pada masa sama, saya juga baru sahaja selepas menjalani shooting untuk tele-movie, Sembilu Dosa bersama Zarina Zainuddin. Saya berlakon sebagai anaknya dalam pelbagai insden timbul di antara kami sehingga mencetuskan konflik. InsyaAllah ia akan ditayangkan pada Hari Ibu nanti"

Elisya berharap dia dapat mengikut jejak langkah kakaknya sebagai pelakon yang hebat dan berharap kerjayanya kian bersinar.


Semoga Elisya Sandha semakin sukses dalam bidang seni ini.

Sumber: Media Hiburan

Tiada ulasan