Lara Alana Dilabel Tak Comel, Ini Respon Panas Scha/Awal

Share:
 
Lara Alana merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan juga Scha Alyahya.

Boleh dikatakan, Lara Alana antara kanak-kanak paling popular di Malaysia dan ianya terbukti dengan jumlah followernya di laman media sosial Instagram yang mencecah 3.1 juta orang.

Ramai yang suka melihat telatah kanak-kanak ini yang dikongsi oleh ibu bapa di laman IG miliknya iaitu @laraalanaa.

Walaupun masih lagi kanak-kanak, status Lara Alana sebagai seorang yang amat popular telah menyebabkannya menjadi sasaran para haters.

Biasalah, kalau dah famous sudah tentu ada sahaja orang yang tak suka kan.

Dalam perkembangan terbaru, ada individu yang mengatakan Lara Alana sebagai seorang yang tidak comel.

Kisahnya bermula apabila Lara Alana telah menerima hadiah dari syarikat Johnson's Baby sempena 125 tahun kewujudan syarikat itu.

Seperti biasa, Scha dan Awal ada berkongsi gambar terkini Lara Alana bersama hadiah dari Johnson's itu, memang banyak dan best hadiahnya, semua merupakan produk Johnson's Baby.

Namun di ruang komen, ada individu memberi komen begini:

"Untuk jadi anak artis, tak comel mana pun, macam-macam dapat"

Komen ini mendapat perhatian dari ibu bapa Lara Alana. Kemudiannya Scha dan Awal ada memberi respon balas kepada individu terbabit.

Ini komennya:

"Cantik nya bahasa makcik. Biar tak comel tapi hati baik. Kalau cantik macam princess pun tapi hati busuk, tak guna juga. 

"Cuba sucikan hati, insyaAllah terbuka pintu rezeki, macam-macam dapat"


Itulah komen padu dari ibu bapa Lara Alana membalas komen 'kurang ajar' dari individu terbabit.

Individu berkenaan terus mendapat kritikan dari para follower dan peminat Lara Alana.

Kemudiannya, individu berkenaan dilihat telah menyah-aktifkan akaunnya setelah teruk dihentam.

Apapun, janganlah sesekali kita menghina ciptaan Tuhan. Semuanya cantik belaka, tiada yang tak cantik.

Sumber: IG Lara Alana

Tiada ulasan