Lepas Pulang Cincin Patut Dah Selesai Tapi Sufian Terus Bercerita - Ayah Elfira Loy Kecewa

Share:
 
Bapa kepada Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin telah meluahkan rasa kesal dengan tindakan bekas tunang anaknya, Sufian Suhaimi.

Ini setelah penyanyi ini dikatakan kerap bercerita tentang isu putus tunang yang sering menjadi tumpuan ramai.

Ahmad Sabri mahu Suffian Suhaimi berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi putus tunang bagi menjaga hati semua pihak.

Ayah Elfira Loy ini berkata, sejak kebelakangan ini, beliau mendapati Sufian kerap mengulas isu berkenaan sedang keluarga kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan perkara itu, apatah lagi membuat kenyataan kepada media.

Ini komen ayah Elfira Loy ini:

"Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

"Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

"Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu 'main' lagi isu itu?

"Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu... Benda ini sudah tamat,"

Sebaik Sufian Suhaimi akui hubungan ikatan pertunangan dengan Elfira Loy telah putus setelah pihak pengantin memulangkan cincin, spekulasi mula bertebaran mengenai punca pasangan ini berubah hati.

Penyanyi lagu Terakhir dan Terasa Ada itu juga dilihat beberapa kali mengulas isu berkenaan kepada media sedangkan Elfira lebih banyak berdiam diri.

Ahmad Sabri berkata, beliau bagaimanapun faham tugas wartawan untuk mendapatkan bahan berita.

Ini komen Ahmad Sabri lagi:

"Sufian boleh cakap 'tidak' dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya yang mahu mempromosikan lagu baharunya.

"Selepas memulangkan cincin, saya yakin dan percaya keluarga kedua-dua belah pihak menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,"

Bulan lalu, dunia hiburan kecoh apabila Filzah Yusoff iaitu ibu pelakon Elfira, mengesahkan pertunangan anaknya dengan Sufian telah putus.

Pasangan ini telah bertunang pada 6 Oktober 2017, dan sepatutnya bernikah pada bulan Mac 2018.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan