Lori Bawa Bengkung Milik Sajat Kemalangan Dan Terbakar.. Netizen Suruhnya Bertaubat

Share:


Sebut sahaja nama Nur Sajat sudah pasti rakyat Malaysia sudah mengenalinya terutama dengan pelbagai isu dan kontroversi. Usahawan kosmetik ini yang juga merupakan kawan baik dengan Alif Syukri.

Sajat baru sahaja memuat naik satu status video di laman sosial Instagramnya dengan menyatakan bahawa lori yang membawa bekalan bengkungnya telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya.

Di sebabkan kemalangan tersebut, lori yang membawa muatan bengkung itu telah terbakar dan menyebabkan dia mengalami kerugian.

Sajat juga meluahkan rasa sedihnya di ruangan captionnya:-



"Sedih sangat2 bila production sajat lets bengkung gold mengalami situasi mcm ini..sajat baru dapat berita pagi tadi"

"Lorry yang sepatut nya hantar last production pada kami,mengalami kecelakan di jalan raya...kami di sini berminta maaf kepada mereka,terutamanya stokis2 kami,agent2 kami,customer2 yang menunggu"

"Production kami...sajat betul2 terkilan dan serba salah sangat2 bila berlakunya kejadian sebegini... kami harap,sesiapa yang dah berurusan dengan stokis2 kami dan agent2 kami atas urusan preoder."

"Kami di sini akan mengpercepatkan persediaan production secepat mungkin..segala kemusnahan bengkung yang akan di terbangkan hari ini,sepatut nya ada 3000pcs.."

"Tetapi semua nya musnah berlaka staf kami dari china beri info pada sajat pagi tadi...sedih sangat2 tau.. Sajat akan sentiasa update selalu tentang production kami.."

"Kepada client2 harap bersabar ye.jangan marah stokis2 sajat atau agent2 sajat.. klu tak percaya,boleh call terus kat HQ...harap maaf sangat2 dan fahami situasi kami atas bencana yang menimpa ini.. terima kasih"

Turut menjadi perhatian kerana ada netizen yang berkata ia adalah pertanda Allah telah memberi peringatan kepada Sajat agar bertaubat ke jalanNya.



Ada juga yang memberi nasihat agar beringat bertaubat sebelum terlambat. Itu adalah semua pertanda yang menyatakan bahawa Sajat agar segera balik ke pangkal jalan dan Allah memberi hidayah kepadanya.

Apa-apa pun diucapkan takziah buat sajat.Sajat sekarang telah pun melancarkan dua single lagu. Yang pertama ialah "Abang Nak Tegur" bersama Dato Seri Alif dan yang terbaru ialah " Mahkluk Penggoda".

Sumber: Instagram Sajat

Tiada ulasan