Luahan Hati Ziana Zain..

Share:
 
Kisah suami Ziana Zain didakwa di mahkamah kerana memukul anak telah diketahui orang ramai.

Dari laporan, anak Ziana Zain telah mengalami lebam dan luka di badan akibat dirotan ayahnya, Armin Zaharin.

Ziana Zain sendiri telah membuat laporan kepada pihak polis terhadap suaminya itu.

Di kalangan netizen, masing-masing ada pendapat tersendiri hal ini kerana suami Ziana Zain mengatakan dia memukul anak ketika mengajarnya mengaji dan solat.

Apabila ditanya pihak media,  Ziana Zain mengatakan perkara ni terlalu peribadi untuk diperkatakan kepada 'public'.

Ini komen Ziana:

"Saya tak boleh komen lanjut sebab kes mahkamah. Ini terlalu peribadi. Doakan yang terbaik," 

Lebih kurang 24 jam selepas berita suaminya di dakwa atas kesalahan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya, penyanyi terkenal, Ziana Zain, memuat naik sekeping gambar yang menggambarkan isi hatinya kini.

Ini fotonya:

Foto itu berbunyi: "Don't judge my path if you haven't walked my journey" (Jangan menilai jalan saya jika anda tidak berada dalam perjalanan itu)


Ianya dipercayai ditujukan buat sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakannya membuat laporan polis terhadap suaminya. Ternyata ianya mengejutkan ramai pihak.

Namun, di ruangan komen, didapati rata rata para peminat dan follower Ziana Zain telah memberi sokongan yang padu dan sokongan moral buat Ziana.

Ramai yang percaya, Ziana Zain berbuat sedemikan dan bertindak sebegitu atas dasar rasional.

Apatah lagi ini merupakan kisah pertama melibatkan isu rumah tangga Ziana Zain dan suami.

Semalam, suami Ziana, Armin Zaharin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mendera anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.

Armin,53 tahun, ditahan pada 2 Mac lalu selepas isterinya, Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18 tahun, dan Muhammad Ammar, 14 tahun, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan